Thursday, 5 May 2016
Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop
![]() |
| klik untuk sertai |
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.
Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian.
Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
- Bajoo - Romper Baju Melayu
- Mamom Milk Booster
- Umma Lacto Milk Booster
- Aldo Compatto
- D'Aura Minyak Kelapa Dara
- LeapFrog Kids Toys
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.
Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.
========================================================================
Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.
SENARAI HADIAH PEMENANG
Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama
Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua
Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga
Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Like facebook penaja.
2. Follow instagram penaja.
3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop
- Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
- Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
- Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.
Semoga berjaya semua..
Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini.
Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?
Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store
Since 2011
![]() |
| tak larat aihh nak sengihhh |
Assalammualaikum dan haiii! Hari ni settle dua benda. Kurang sikit beban dalam otak. Beban atas bahu. Syukur! Tadi selesai dah presentation untuk elc590 dan test ctu555. Kalau tak, tadi nak presentation jugak untuk ctu555. tapi malangnya tak sempat sebab waktu untuk subjek tu dah habis. So berhuhu la kami satu kumpulan |hahaha| Serius. Memang aku tak ready pun nak present harini. Memang tak nak. Tak nak!
So macam mana presentation elc590 tadi? |hahaha| Bagi aku gelak dulu. Apenda aku cakap pun aku tak tahu. Speaking kot. Dah macam apa cakap. Mesti grammar tunggang terbalik. Lepastu petang tu test ctu555, apenda aku jawab pun tak tahu. Yang penting tadi aku semak balik jawapan, dah dua salah. Lantakla. Ada makk kesahh @.@ Dah buat kan. Dah jawab kan, amalkan konsep redha je okey |huuu|
Actually tak nak pun taip panjang panjang entry kali ini.. Cuma nak bagitahu tshirt couple yang di sponsor oleh blogger Nadia Syamimi dah sampai pun kat encik tunang. Tu haaa. Siap pakai lagi. Disebabkan kekangan waktu, aku pos ke dia pun lambat. Maaf encik tunang T.T Tengok dia pakai macam ngam ngam tapi tak tahu la kalau dia sepit baju tu kat belakang, biar nampak fit sikit |wakakaka| Btw terima kasih blogger Nadia Syamimi sebab bagi rezeki kepada kami. InsyaAllah, makin bertambah rezeki beliau juga nanti.
Okeyla, mata dah mengantuk. Esok ada trip ke tanjung malim. Mohon doakan perjalanan kami sekelas ye. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Sweet dream. Daaaaaaaaa
Wednesday, 4 May 2016
Sunday, 1 May 2016
Hye May!^^
Assalammualaikum dan haiii. Alhamdulillah. Lepas maghrib tadi sampai uitm dengan selamatnya. Allah lindung dan permudahkan semuanya. Kenapa tak balik esok? Esok kan cuti lagi? |hahaha| Sebab aku rasa tak seronok. Tiap tiap minggu aku tak duduk bilik. Minggu lepas p alor setar. So macam rasa tak puas. dengan study ke laut. Assignment nye ke lembah. Ntahla. Sebab tu aku balik awal, nanti boleh rehat dan ada tenaga untuk study. Lagipun minggu ni aku pack, dengan presentation.. Site uitm dan site assignment group. So di situ ada keserabutan sikit. Test lagi.
Tadi naik bus sampai ke manjung |hahaha| Ingatkan bas tu lalu depan uitm. Rupanya tak. Ntah macam mana tah dia potong jalan dari beruas.. Sampai ke manjung. Dalam hati dah dup dap dup dap dah. Last last.. Biarkan je la. Mesti ada bas lain atau teksi ke seri iskandar balik kan? Sampai je manjung terus cari teksi ke uitm. Sampai ke kolej teksi tu hantar, alhamdulillah. Tentang bayaran tambang, gua pejam mata je. Allahhu. Tak apa, di sebalik ni semua.. Yakinla. Dia ada hikmahnya. InsyaAllah.
Lupa tentang bayaran tambang sebab seronok bila tengok ain tunjuk sekotak kinder bueno dari langkawi. Classmates balik langkawi haritu dan dia tolong belikan. Kat sana memang murah. Dalam sekotak tu ada lapan peket. Harga rm24. Aku share dengan aina. So sorang rm12 je. Waaaaa.. Seronoknyee tengok chocolate. Tu belum makan lagi. Lepastu dapat lagi lima bijik coklat daim daripada ain |hehehe|
Sebelum menutup bebelan ni, selamat pengantin baru buat min dan farhan. Jauh dapat suami.. Pahang nuh. Kad pun cantik. Tiket bola gituuuu. Alhamdulillah. Selesai semua. Aku pun sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut walau sekejap. Majlis meriah. Pengantin pun sempoi je. Okeyla. Nanti kita ketemu lagi. InsyaAllah. Assalammualaikum. Jaga hubungan dengan Allah. Encik abah dan puan ibu. Semua orang.
![]() |
| lebih kurang macam gini kad dia. tapi kedah vs pahang - sumber google |
Friday, 29 April 2016
Journey #9 - Bad day!
![]() |
| Janji untuk pegang tangan saya saat saya bangun dan jatuh :') |
Assalammualaikum dan hai reader semua. Malam ni, sempat lagi update satu entry. Last di uitm untuk minggu ni sebab esok nak balik. Alhamdulillah. Ketenangan abadi dan hakiki di rumah. Best kan bila dapat balik rumah, padahal assignment bersepah tak siapkan lagi. Ntahlaa. Aku malas fikir sebab serabut. Kang lagi fikir, lagi serabut. Masalah itu. Masalah ini. Biar ku pendam sehingga nafas yang terakhir.
Harini, test property management. Apa benda aku merapu meraban pun aku tak tahu. Terus jadi stress sebab tak cukup masa menjawab. Mati kutu makk ni. Nak kata aku karang banyak sangat tak pun. Nak kata aku fikir lama sangat, rasanya tak. Masa tamat test 4.20.. Kat pukul 4, aku still soalan no 1. Kau rasa sempat ke tak aku jawab soalan no 2 dan no 3? Soalan no 2 aku sendiri tak tahu jawapan apa. Tapi aku amik risiko untuk jawab soalan tu. Time pukul 4 tu aku rasa macam baru aku jawab tau, tengok tengok dah nak habis masa. Mencabar betul life degree ni.
Lepas habis jawab test, turn aku dan ain kena present tutorial pulak. Nasib tergerak hati nak siapkan slide. Mana tahu kena turn untuk present ke. Firasat hati yang Allah beri tak pernah salah. Sah kena turn aku. Serius. Disebabkan mood dah down time test tu, terbawa bawa sampai present. Aku tak tahu aku terang apa kat kawan kawan. Aku rasa mereka semua tak faham pun apa aku terang. Tengok muka masing masing pun aku dah tahu. Blur. Maaf kawan kawan dan maaf jugak buat dr lecturer. Mereka semua kecewa dengan aku, aku lagi kecewa dengan diri aku sendiri. Serius.
Last present, kena buat conclusion. Yang ni lawak, dalam otak aku kosong. Aku tak tahu nak conclude apa. Ain asyik suruh aku conclude. Aku cakap separuh jalan. Tak tahu nak tambah apa apa dan ain pun cakap separuh jalan. Ntahlah, kenapa tah blur tahap sampai macam tu sekali. Aku dah berkerut kerut dah memikir nak conclude apa tapi tak jumpa jawapan sampai kawan kawan tanya kenapa stress sangat sampai nak marah ain? Padahal memang muka aku serius macam tu. Dorang tak pernah tengok aku marah. Bila dorang tengok aku berkerut macam tu, mungkin dorang ingat aku marah kat ain. Padahal tak pun.
So aku isytiharkan today is bad day for me. Harap tak berlaku lagi lepasni. InsyaAllah. Bila malam, masalah lain pulak muncul. Allahhu. Tak tahu bahu ni sanggup memikul atau tidak. Kepada Allah sahaja aku berserah. Baik untuk Dia, baik jugak untuk aku. Kenapa Allah uji? Sebab kekhilafan kita sendiri jugak kan? So kenapa kita persoalkan? Lepasni, redha dan pasrahkan hati untuk terima semua apa yang berlaku. InsyaAllah.
Kalau lepasni aku busy dan tak sempat jengah blog ni, korang semua rajin rajinla jenguk ye. Maklumla tuan blog pun busy. Sebulan lebih lagi nak final. Serius tak ready pun lagi. Rasa macam zaman diploma lagi. Zaman masih nak main main. Stress kalau perangai terus macam ni. Okeyla. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ayahanda dan bonda serta orang sekelililng. Assalammualaikum.
![]() |
| kita senyum tapi tak ada siapa pun yang tahu dalam hati kita macam mana; |
Sayang jaga jiwa dan ragamu walau dirimu tak lagi bersamaku, cukup aku yang kamu sakiti dalam hidupmu.
.
.
.
layan malam malam. terlalu syahdu. wakakaka
Subscribe to:
Posts (Atom)









