Thursday, 31 May 2012

Free Delivery. No Extra Charge.

Assalammualaikum :)
Sebenarnya, aku tak tahu nak update apa? |hahaha| boleh pulak cakap macam tue. Tapi betul la, Tak ada idea nak tulis apa. Fikiran agak LEM sikit sejak kebelakangan ni. Kenapa tah?! |huhuhu| Oleh itu, aku ungkit balik la kisah atau cerita yang aku kira, agak. Agak dah lama jugak la.




Ni haaa,, aku nak cerita.. Aku, Ainis, Intan dan Eha pegi makan benda alah ni laa. Dah lama dah pun. Tapi kenangan itu still masih segar dalam ingatan. Perut pun still kenyang makan pizza hari tue. |hahaha| Nampak sangat penipu kan? Okeyy, aku tipu je. Alhamdulillah, dapat makan pizza orang belanja, memang best giler la. Kita orang pergi sebelum dapat result semester empat :)




Sedap tak? Sedap tak? |hahaha| Sedap tau lagi-lagi bila dapat makan free :) Alhamdulillah. Rezeki Allah kan? Makan je la. Time Ainis ajak makan ni, memang tengah lapar, memang elok sangat la kan. Dahla, malas nak tulis lagi. Ntah apa-apa je yang aku merepek :p





Tue roti la. Makan roti cicah dengan sos. Sedap la jugak. Besar pun besar, Banyak pun banyak. Terima kasih Ainis Salwani. Terima kasih kawan-kawan. Okeyy la. Mengantuk sudah. Pening kepala bila mengadap laptop lama-lama. Dah la tengah gila game dekat fb tue. Ntah la. Selamat malam. Jaga diri elok-elok. Jaga kesihatan. Jaga perangai. Jaga akhlak. Assalammualaikum :)

Wednesday, 30 May 2012

Alamak aiii -.-



Assalammualaikum awak-awak :)
Dah lama sangat aku tak update blog ni. Lama ke? |hahaha| Malas la sekarang ni nak tulis-tulis. Dulu bukan main rajin kan update. Rajin ke?|hahaha| Entahla ek. Aku sendiri tak ada jawapannya.
Okeyla kawan-kawan, jaga diri. jaga akhlak mudah-mudahan selamat dunia dan di akhirat. InsyaAllah :)
Yang penting, senyum :) 
Cuti sampai  empat hari, tak tahu nak buat apa, kalau still duduk Kluang, dah lama aku hilang dari bumi Inspen ni. |huhuhu| Nasib badan la.
Senyum.
Senyum.
Senyum :)
Assalammualaikum. Selamat malam.

Wednesday, 23 May 2012

Silapnya . . .




SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..
...
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI, wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya,
SELAGI BELUM PASTI, jangan memberi sepenuh hati
Selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH, JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

p/s : Wahai wanita yang disayangi..dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu..♥♥
 
 
 
LAMAN MUKA BUKU.

Tuesday, 22 May 2012

Hari Ini.



Assalammualaikum. Senyum. Senyum. Senyum la :)

Hari ni dah masuk tiga hari aku kat rumah bersama keluarga tersayang. Siapa cakap tak gembira bila dah berkumpul bersama keluarga? Tipu la kan. Bagi aku, ofcourse la happy giler. Tapi Sabtu minggu depan aku dah nak balik Inspen semula dah. Tak lama pun aku kat rumah.


Mana taknya, kepala otak asyik duk fikir pasal assignment je. Macam mana ni? Cuti dihabiskan dengan buat assignment dan tutorial je la -.- Tak bestnya. |hahahaha| Alhamdulillah. Aku boleh buat assignment tue tapi tue la, line berukband kat sini lembab sikit. So, ia merumitkan dan melambatkan segala kerja aku. Jangan sampai aku berputus asa sudah. |huhuhu|


Kebanyakan maklumat assignment ni aku dapat dari Offical Website Ministry Of Rural And Regional Development melalui pro@rurallink.gov.my. Yelah, soalan assignment pun berkaitan dengan rural planning strategies. So, jawapannya banyak dekat website ni la. Ada jugak maklumat lain macam maklumat tambahan tapi dekat website lain la. Cari je, gerenti jumpa. Kepada kawan-kawan SPHT 2010/2011 good luck untuk assignment town and country planning korang :)


Yang penting :

Use own words.
Own ideas.
Own creativity.

To enhance the quality of the project report :)


Tapi kalau nak meniru pun apa salahnya :P

.Sekian.

Monday, 21 May 2012

Four Point 0. YEAHHH! :)



Alhamdulillah. Tiada kalimah apa yang terkeluar dari bibir melainkan syukur.
Semester empat merupakan semester yang bermakna bagi aku dan kawan-kawan.
Four flat. Bukan senang nak dapat.
Alhamdulillah sekali lagi.
Usaha kami memang tak sia-sia.
Tahniah Anis Khalilah Bt Abdul Rani.
Tahniah kawan-kawan semua.
Terima kasih kepada semua yang membantu.
Nanti aku update lagi okeyy tentang four point O ni.
.SEKIAN.

Saturday, 19 May 2012

Rindunyee :]


Bukan gatal.
Bukan tak sabar.
Bukan. Bukan dan bukan.


Bukankah NIKAH itu menghalalkan.
Bukankah NIKAH itu indah.
Bukankah NIKAH itu seronok.


|HAHAHA|
|HAHAHA|
|HAHAHA|

Jika jodoh muda.
Aku terima.
Jika jodoh dalam masa terdekat ini.
Aku terima dengan hati terbuka.



:) Alhamdulillah.
:) Syukur.


Jodoh itu telah ditetapkan olehNya sejak kita berusia empat bulan lagi.
Hebatkan?
SubhanaAllah.



.Sekian.

Friday, 18 May 2012

f.a.i.r.






Fair. Dua-dua dapat. Alhamdullillah. Ibu saya dapat dan ibu awak pun dapat. Tue dinamakan rezeki. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh dapat idea nak beli set cadar itu untuk kedua-dua ibu. |hahaha| Yang penting, bakal zauji setuju, alhamdulillah la. Tak payah fikir panjang sangat. Just pening pilih warna cadar je la. Dia pun, ok je. Angguk and senyum. Lelaki, macam tue la perangainya. Tapi bakal zauji cakap,, |hehehe| ibu aku punya set cadar lagi cantik :P
p/s : Atas, ibu KA punya dan bawah, ibu aku punya.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)