Monday, 4 April 2016

Giveaway Kalendar Minions + Buku Travelog by JINDRISSKA

KLIK SINI


Assalammualaikum dan haii. Jom join! Sampai 18 April 2016, pukul 12 tengah malam je okey. Cepat cepat join, mana tahu terselit rezeki kat sini |hahaha| Btw semoga puan blogger yang cantik bersama suaminya yang tercinta selamat dan happy mendarat di tanah malaya okey. InsyaAllah.

Sunday, 3 April 2016

Segmen : Auto-Blogger Malaysia

KLIK SINI

Haiii. Jom join reramai Segmen : Auto-Blogger Malaysia. Ia berlangsung pada 27 Mac 2016 sehingga 20 April 2016. Lima orang terawal, penganjur akan review blog dan akan dimasukkan di dalam bloglist. So tunggu apa lagi? Selamat bersegmen semua! ^^ 

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM




*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.




HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Saturday, 2 April 2016

Journey #6

My big family AP 225


Assalammualaikum dan Haiii!!! ^^ Gambar yang dah lapuk! Mungkin |hahaha| Actually gambar ni diambil jumaat minggu lepas time trip ke PICC Putrajaya. Yeayyy! Dapatla jugak keluar dari negeri perak tu. Coordinater bagitahu tentang trip ni pun secara tiba tiba. Haritu beliau nak jumpa kita orang sekelas, ingatkan salah apalah yang dibuat sampai coordinater nak jumpa. Aduyai. Sekali beliau nak bagi hadiah. Yes. Trip ni la. Tujuan utama pergi sana tu untuk tengok Pertandinagn Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Belayu (PABM). Actually ada student dari uitm masuk peringkat akhir. Alhamdulillah, tak sia sia pergi sokong. beliau berjaya menempatkan diri sebagai johan di dalam kategori alam melayu ^^


Pertandingan ini ada tiga kategori iaitu kategori pelajar antarabangsa, kategori pelajar antarabangsa di Malaysia dan alam melayu. Dalam kategori alam melayu, haziq dari jurusan undang undang uitm sebagai johan. Bagi kategori pelajar antarabangsa di malaysia dimenangi oleh Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania yang mewakili Unimas. Okey, beliau punya pidato.. Best gila. Sekali dengar, memang dah sure sangat, beliau akan dapat johan. Lagi satu.. Lawak gila. Kata beliau lagi, di malaysia.. Beliau dikenali sebagai abang dollah. Ketawa lagi aku dalm picc tu. Dahla pandai cakap lograt orang sarawak (^_______^)


Lepastu, untuk kategori pelajar antarabangsa dimenangi orang Hatsune Yanai dari Jepun. Pandai betul kecek bahasa melayu. Beliau boleh kupas tentang isu dunia dan akhirat. Paling terkejut siap baca terjemahan al quran lagi. Aku boleh jangka beliau boleh jadi juara. Tahniah buat semua pemenang dan tahniah wakil dari uitm. Petah betul berhujah. Yes. Uitm dihatiku |hewhewhew| Kalau korang nak tengok lagi, siapa pemenang kedua dan ketiga, KLIK SINI :D


Seterusnya, aktiviti kami adalah bergambar. Yeayyy!. Tak habis habis. Selfie.. Wefie. Macam macam. Mungkin ini juga merupakan langkah untuk kami sekelas berkenalan antara satu sama lain. Jom cuci mata |hihihi| ^^



















































.
.
.


Okeyla, Selamat malam. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. InsyaAllah selamat hidup anda dan jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekelililng. Pasti anda tergolong dalam orang yang paling bahagia * macam aina. InsyaAllah. Tataaaaaa ^^

Friday, 1 April 2016

Jom Tambah Followers!

KLIK SINI


Assalammualaikum semua! So harini nak join segmen Jom Tambah Followers! by Azira Freesia Apa tunggu lagi, jom la support sekali. Kita join ramai ramai nak?! ^^ Nanti boleh berkenalan disamping dapat tambah follower. Yeayyy! Itu yang kitee mahu |hahaha| Okey, cik blogger kite yang comel ni ada mintak tips untuk tambah followers dengan cara yang mudah. Btw anis tak ada la pro mana pun untuk tarik follower tu tapi alhamdulillah. Hari demi hari follower makin bertambah. Thanks korang sebab support anis! ^^


Antara tips nya adalah :


1. Rajinkan diri join giveaway, contest. InsyaAllah. Naik punya bilangan followers tu.

.
.

2. Kalau ada rezeki lebih, cer try buat giveaway or contest sendiri. Tu pun boleh meningkatkan bilangan follower. Berguni guni naiknya :D Btw anis tak pernah lagi buat. InsyaAllah. Cuti semester ni ke. Tungguuuu ^^

.
.

3. Blogwalking la dan tinggalkan pesan atau jejak. InsyaAllah. Orang yang kita tinggalkan jejak tu akan menjejaki kita semula. Jangan risau, mereka tak sombong pun.

.
.

4. Entri berkualiti dan menarik. Yes. Ini paling penting. Tak tipu. Kalau entri yang menarik dan berkualiti, blogger lain tak terasa rugi pun nak follow kita.

.
.

5. Publish je apa apa entri kat facebook, facebook sendiri. Tak pun blogger facebook. So orang tahu. Dekat situ, orang akan follow kita.

.
.

Okey la kot tips daripada anis. Harap membantu. Padahal dah mengantuk dah ni. Baru pekena nasi lemak |hahaha| Btw jangan lupa join okey segmen ni. Selamat bersegmen. Assalammualaikum :D

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

KLIK SINI

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Terima hadiah giveaway! ^^





Assalammualaikum dan haiii :) Malam ni aku nak kongsi sikit tentang hadiah giveaway yang dapat empat hari lepas. Macam tahu je aku balik rumah, Poskad dari Braunschweig ni pun sampai. Alhamdulillah. Laika Shuib ni cakap, dua minggu jugak poskad ni nak sampai ke malaysia dari braunschweig. Serius. Punya excited aku bila dapat poskad ni. Btw ni first time aku dapat poskad dari luar negara. Thanks awak (^______^)


Actually aku join #1 Giveaway Braunschweig, then bertuah untuk terima poskad tersebut. Dalam poskad tu, siap bertulis lagi cik blogger kite.. Macam sweet pun ada. Btw thanks cik blogger. Kite sangat menghargainya. Bangga jugak ada kawan belajar kat sana. Hebat kan dia? Good luck awak! InsyaAllah, awak balik malaysia.. Kite jumpa okey (^_____-)


Tahu tak braunschweig kat mana? Okey, kat germany. Ia adalah satu bandar yang indah. Tak percaya, google la. Tak pun, try la jalan jalan kat sana |hahahaha| Aku dah pergi dah tapi dalam mimpi je. Tak pe, nanti nak ajak future husband pergi sana |hewhewhew| Berangan tak habis habis -..-"


Ohh yee. Sebelum terlupa, Dua kali dapat topup untuk giveaway 2016 by Hani Rahman dan giveaway by stokis dms360 zetty safrina. Thanks sis sis sekalian sebab memilih anis sebagai pemenang. Syukur. Encik tunang cakap, murah betul rezeki bulan ni. Alhamdulillah. Tak payah la saya nak pow duit awak untuk beli topup |hahaha| Kejam ^^


Okey la, cukup dulu sampai sini. Jumpa next entry pulak. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Selamat malam :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)