Monday 30 January 2017

Student Journey - Harga Sehelai Selempang Pink




Assalammualaikum dan haiii semua. Nampaknya semester ni aku kurang betul update blog berbanding semester lepas kan? Yelah, semester ni bertambah lagi subject. Kelas pun dari pagi sampai petang. Malam kena buat homework, kalau tak.. Alamatnya nak kena la dengan dR lecturer keesokan harinya. Aku akan cuba update untuk review sahaja. Maafla ye, insyaAllah nanti cuti semester boleh la update sokmo. InsyaAllah. Itu pun kalau wifi tak buat hal |heee|

Alhamdulillah, dah masuk bulan Disember pun. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Umur baru. Cepatnya masa berlalu. Tak dan nak panas punggung dalam tahun 2016. Apa yang aku kecapi dalam tahun 2016 nih? Kejap, nak renung dan ingat semula. Hurmm.. Rasanya macam lebih banyak kekecewaan dari kegembiraan |hahaha| Atau kekecewaan itu yang meragut segala kegembiraanku.. Cewahhh. Okay la, tak nak cerita tentang tahun dan tak nak pun cerita tentang kekecewaan tapi malam ni aku nak kongsi la sikit cerita tentang konvo aku hari tu [Istiadat Konvokesyen UiTM ke 85] yang diadakan pada 14 & 15 November 2016. Aku adalah pelajar Uitm cawangan perak (^_____^)

Aku macam student lain, bila nak konvo.. Mula la fikir macam macam, orang kata nervous tu tetap ada. Allahuakhbar. Okay, selawat dan istigfar banyak banyak. Alhamdulillah, hari isnin lepas maghrib tu family sampai sebab istiadat aku esok pagi (selasa) Istiadat you. Sidang ketiga, pukul 11 pagi. Encik abah dan puan ibu serta adik bongsu yang datang untuk meraikan aku di sini. Syukur. Walaupun tak semua yang datang, tapi aku bersyukur kerana mereka sudi datang untuk meraikan aku. Gila tak sedih kalau family tak datang. Terharu :')

*** Aku sambung menaip untuk hari ni setelah berminggu minggu aku tinggal cerita ni dalam draft. Sorry T.T

Esok paginya, dalam 6.30 pagi aku sampai balik ke uitm terchintaa sebab nak siap siap semua. Encik abah hantar semula ke sini pagi tu. 7.30 pagi aku dan kawan kawan siap untuk ke dewan. |hhahaha| Time ni berdebar semula. Serius. Nak hilang berdebar tu, sengaja busy kan diri dengan handphone. Kat dewan memang dah ramai la kawan kawan lain dengan jubah masing masing, ada yang sibuk ambik gambar dan lain lain lagi. Time beratur masuk dewan, serius aku tak nampak pun mana parents aku duduk. Time naik pentas pun aku still tak nampak lagi 0.0


Lepas habis istiadat ni, bergambar dulu dengan dekan dan lecturer yang ada. Alhamdulillah. selesai tu, terus aku cari encik abah dan puan ibu. Serius! Tak Jumpaaa!!!!! Mata aku berpinar tengok ramai sangat orang. Akhirnya, sampai dekat pintu dewan, actually dewan tu dewan yang selalu aku guna time exam, satu suara menyapa aku " Aiii, cari ibu tak jumpa? Ibu yang datang tegur " Aku tersenyum bila melihat wajah ibu. "Tahniah!" ucap ibu sambil menghulurkan sejambak bunga. Alhamdulillah. Terharunya. Disebabkan pada hari itu puan ibu berdiri dimuka pintu dewan, membuatkan aku sentiasa ingat ibu sebelum memasuki dewan peperiksaan. Perasaan tak tahu nak gambarkan macam mana ^^


Tak lama lepastu encik abah sampai bersama adik bongsuku. Tadi selesai je, encik abah terus balik hotel untuk ambik adikku. Sebenarnya, aku tak kisah pun kalau tak dapat bunga tu pun tak apa. Baik belanja KFC |hahaha|  Tapi ia merupakan satu penghargaan dari encik abah dan puan ibu untuk tiga tahun aku bertungkus lumus belajar. Alhamdulillah. Untuk hari yang bersejarah ini, kejayaan ini adalah buat encik abah dan puan ibu yang juga bertungkus lumus bagi segala galanya sepanjang aku belajar. Tak pernah ada perkataan TIDAK bila aku nak sesuatu benda. Yang penting untuk belajar ye 0.-

Untuk kawan kawan, bukan senang untuk senang. Nak selempang pink? [untuk uitm] Usaha bersungguh sungguh. Satu lagi, restu ibu dan abah serta lecturer. Itu yang paling penting. Aku pernah tau, buat salah dekat puan ibu.. Time tu baru lepas exam semester 5.. Dah buat salah, kenalah mintak maaf.. Kerana apa? Redha Allah terletak di atas redha ibu dan abah okay. Jangan malu untuk meminta maaf walaupun berkali kali. Setiap call ibu atau abah, mintak maaf walaupun rasa tak ada pun buat salah. Serius, aku ni memang jarang call parents sebab encik abah dan puan ibu busy, so aku tak nak menganggu mereka. Setiap kali call, kena rajin mintak maaf. Setiap kali nak exam.. Aku lebih prefer mesej je kat encik abah dan puan ibu untuk merestui setiap langkah ke dewan. Alhamdulillah ^^

Aku tak ada pun benda yang aku amalkan untuk berjaya cuma aku akan selalu ingat apa puan ibu cakap, " Hang usaha banyak, banyak la hang dapat." Aku pegang sampai sekarang tapi kalau apa yang aku dapat tak setimpal dengan apa yang aku usaha, aku akan pujuk hati bahawa Allah dah rencanakan sesuatu buat aku. Latih hati untuk redha. Semoga akal dapat memberi petunjuk kepada hati untuk sentiasa berasa bersyukur kepada Allah. Kejayaan yang aku kecapi ini adalah untuk semua. Terima kasih ibu abah dan keluarga. Terima kasik awak. Terima kasih UiTM. Terima kasih lecturer yang mengajar dari semester satu hingga semester enam. Terima kasih kawan kawan dulu, kini dan selamanya. Terima kasih rahim & co. Terima kasih untuk semua yang sentiasa berada di sisi sepanjang meniti tangga menuju sebuah kejayaan. Alhamdulillah.


My everything ^^


Candid by nur ain - sempat lagi dia amik gambar. Haha


Ready nak ke dewan, gambar pre convo banyakla kitaorang bersama. Time convo.. tak sempat nak ambik.

Actually, tak ada lah nak cerita selempang pink sangat pun |hahaha|  Saja buat tajuk macam tu. Yang pastinya, macam macam rasa bila selempang pink menjadi satu penganugerahan buat diri ini. Usaha, anda pasti berjaya. Malas dah nak karang panjang panjang. Syukur Alhamdulillah untuk cerita 2016. Kita berhenti di sini dulu ye. Jaga hubungan dengan Allah, encik abah dan puan ibu serta orang sekeliling. Sekian. Assalammualaikum (^___^)

Thursday 26 January 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!

UNTUK JOIN, KLIK BANNER


Assalammualaikum dan haiii semua :) Semoga kamu semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah. Giveaway kali ini berkaitan dengan novel yang pernah dibaca. Bagi Anis, sepanjang membaca ni, banyak jugakla novel yang menyentuh hati dan perasaan tapi novel yang bertajuk Konspirasi Suami, hasil karya Maya Iris ni.. Lain sikit. Untuk novel ni, Anis bagi lima bintang. Tahu sebab apa? Sebab jalan cerita dia banyak suspen membuatkan pembaca tak sabar sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya. So, memang mengadap novel tu sehari suntukla jawabnya (^_____^)

Dia terlupa cintanya, yang dalam fikirannya cuma si kekasih lama, dan sang suami yang lebih berhak hanya mampu memendam rasa. Dia juga lupa suaminya seorang pejuang pejuang yang akan mendapatkan kembali cintanya :)

Okay, mari dekat dekat.. Anis ceritakan serba sedikit tentang novel Konspirasi Suami.. Kalau nak tahu cerita full.. Boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran ye. Bookcafe yang menjual buku secara online pun ada jual tau.. Sekarang tengah less 60%. So dari harga RM25.. Dah jadi RM10. Rebutlah berpeluang selagi ia masih ada. Actually, Konspirasi Suami ini adalah novel sambungan Mahar Cinta Cinderella ^^

Bagi Anis, tengok sahaja tajuk.. Novel cinta bukan yang biasa biasa yang selalu kita baca tu tapi dia lain sikit.. Ditambah pula dengan kulit muka buku yang menarik. Tengok kulit buku pun sudah menarik, apatah lagi yang isi dalam tu kan. Ceritera pada mulanya ingatkan berkisah cinta tetapi bila ada suspen membuatkan tekaan Anis menjadi sedikit menyimpang.

Dalam novel ini mempunyai 3plot yang berlainan.. Pertama, antara Dr Ehsan dan Nur Sayang, mereka adalah suami dan isteri yang sedang bercinta. Keduanya, antara Sang pencipta bersama konconya, kisah ni adalah kisah akhir zaman yang ada diceritakan di dalam Al Quran. Ketiganya, antara Kamil dan Amanda, mereka adalah adik beradik angkat yang ingin disatukan oleh ibu dan ayah. Walaupun 3plot ini berbeza tetapi ia bergerak seiringan sehingga ke helaian terakhir. Isi di dalam ni mempunyai fakta dan bukan hanya hidangan kosong dari penulis buat pembaca. Chaiyaaa lah!! :D

Dr Ehsan, seorang bangsa cina yang dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama islam, alhamdulillah. Dia merupakan seorang doktor perubatan yang bercinta dengan jururawatnya sendiri iaitu Nur Sayang. Akhirnya mereka berkahwin dan kisah bermula apabila Nur Sayang separa hilang ingatan dan dia lupa siapa Dr Ehsan. Yang sentiasa dimulutnya adalah Kamil, bekas teman lelakinya. Cemburu sang suami diketepikan dan terpaksa dipenuhi apabila Nur Sayang pinta untuk pulang ke Malaysia untuk bertemu Kamil. Tetapi dalam masa yang sama Kamil dipaksa untuk berkahwin dengan adik angkatnya sendiri, Amanda.

Selepas hantar Nur Sayang pulang ke Malaysia, Dr Ehsan terpaksa pulang ke Mesir dan dia telah diculik. Dr. John Stein sangat berminat dengan kajian Dr Ehsan yang berkenan dengan pertumbuhan stem sel. Buat pengetahuan semua, Dr Ehsan tidak mempunyai satu kaki kerana telah menjadi mangsa zionis ketika ke Gaza. So dia ada buat kajian tentang pertumbuhan stem sel yang mengguna zikir. Serius, memang menarik.

Siapa sebenarnya Dr John Stein? Dr John Stein ini adalah Yahudi yang betul betul berminat dengan perubatan tersebut atau ada tujuan lain? Siapa pula sang pencipta yang disebut sebut sehingga mencari calon calon untuk menyamar sebagai Imam Al Mahdi dan mahu menyesatkan umat islam? Setiap calon yang gagal dalam meyamaran ini dan mahu lari akan dibunuh dengan kejam T.T

Akhirnya, Nur Sayang juga turut pulang ke Mesir untuk berjumpa dengan suaminya tetapi dia juga telah diculik. Dekat sini pun ada suspen jugak, bagaimana Dr Ehsan dan Nur Sayang diseksa dan bagaimana tipu helah yang dilakukan oleh mereka berdua untuk melepaskan diri :)

Bagaimana pula kisah antara Kamil dan Amanda? Mereka berdua tidak mahu disatukan dan cuba untuk mencari bukti yang kukuh supaya mereka tidak disatukan. Salasilah keluarga dan keturunan dicari dan  dirungkai kembali. Siapa sangka di dalam novel ini mempunyai kisah Yahudi, Zionis, Sang Perancang/Pencipta, Teori Konspirasi, Al mahdi dan Dajjal. Aku pun tak jangka kot. Tapi ilmu memang banyak diselitkan disini. Pembacaan dari novel ni membuatkan supaya kita tidak lupa tentang akhirat dan makin nampak apa yang belaku sekitar kita bahawa kita sudah berada di akhir zaman.

Penamat novel ini, of course la happy ending kan. Nak tahu penamatnya? Nur Sayang dan Dr Ehsan selamat mendarat di bumi Malaysia. Sang Perancang dan konconya, tak akan pernah berjaya untuk melawan kuasa Allah. Sesungguhnya Allah lebih Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Kamil dan Amanda tak jadi kahwin tak silap Anis |hahahaha| So untuk pastikan betul atau tidak, try baca novel ni. Anda tak kan berasa rugi punya.

*** Konspirasi Yahudi dan Dajjal tidak akan berakhir sehingga Imam Al Mahdi menewaskan Dajjal dan dibantu oleh Nabi Isa a.s .. Islam akan memperoleh kemenangan.

*** Hati hati dengan fitnah Dajjal.


Tamat pada 28 Februari 2017
Good luck!^^

Tuesday 24 January 2017

I'm back again



Assalammualaikum dan haiii semua. Boleh gelak besaq dah la sebab dah habis exam semua. Baru ada masa nak mengadap blog. Kalau tak, bukak laptop.. buat assignment. Tak sempat nak jengah blog. Sorry okay. Tapi kadang tak buat assignment, layan movie. Sabo je laa ^^

Alhamdulillah. sekarang, boleh la layan blog nih.. Ni pun buat sementara waktu. Sebab lepasni nak busy dengan fyp pulak. Allahhu. Pilih pulak tajuk yang berkaitan dengan valuation. Dapat pulak supervisor yang ada knowledge and experiences yang umpphh gitu. Aku harap sangat Allah permudahkan urusan aku. InsyaAllah. Semoga relation antara aku dan dR supervisor serasi. Amin. Sebenarnya segan. |hahaha|  :D

Okay, tadi baru aku lepas pulun join giveaway, bloglist bagai.. Cuma tinggal satu lagi aku tak join.. Mungkin esok kot aku update. InsyaAllah. Alhamdulillah, blog Kasihku Amani memudahkan urusanku sebab puan blogger letak banner segala giveaway yang boleh join. Thanks kepada blogger Kasihku Amani :)

Malas nak menaip panjang panjang sebab nak sambung tengok movie Harry Potter, aku memang suka tengok cerita lama lama nih |hahaha| Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Selamat Malam :)

END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH

KLIK BANNER

Hye blogger blogger sekalian, jom join giveaway yang menarik nih. Di samping dapat mengeratkan silaturahim dan dapat hadiah yang kebabom, anda juga boleh throwback kisah anda tahun lepas.. Melalui gambar yang anda rasa ada la maknanya yang tersendiri |huhuhu| Nak tahu Anis pilih gambar apa? Jom tengok (^_____^)


Caption : Orang yang dalam perut tu dah keluar pun sekarang.  Muhammad Azfar Sufyan namanya.


Untuk Tahun 2016, itulah yang paling manis sekali. Alhamdulillah. Ohh yee, Giveaway ini akan tamat pada 31 Januari 2017!! ^^

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY

KLIK BANNER

Syarat syarat untuk join giveaway ni adalah sangat mudah. So jom join ramai ramai. Ia akan tamat pada bilabila  masa sahaja. Jangan lepaskan peluang okay. Good Luck! ^^

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

KLIK BANNER

Wajib join uolls sebab masa yang diberikan oleh penganjur sangat panjang. Alhamdulillah, jangan lepaskan peluang ini ye. Penganjur mencari dua orang penerima hadiah yang bertuah. Good luck!! ^^

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

KLIK



Amat menarik untuk mengenali para blogger dengan lebih dekat. InsyaAllah.

So jom mengenali antara satu sama lain. 

Tak sombong kan?

HAHAHA

Hadiah menarik menanti anda, setahun dalam bloglist penganjur tau.

Okay, baik.. Anis mulakan dulu okay (^____^)


Nama : Anis Khalilah, boleh panggil Anis.

Still young. HAHAHA

Still Student. Alhamdulillah.

Ini benda yang anis TAK SUKA

Untuk lebih mengenali Anis ;

Facebook : Anis Khalilah

Instagram : anis_khalilah

Twitter :  AnnyssAnis


Akan berakhir pada 31 Januari 2017

2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL

KLIK SINI

Giveaway akan tamat pada 2 Februari 2017. So tunggu apa lagi? Jom ramai ramai meriahkan giveaway ni. Ohh ye, nak join.. Klik je banner okay :) Good luck!!!

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

KLIK
Untuk turut serta dengan giveaway nih, klik je banner okay. Ia kan tamat pada 31 Januari 2017. So jangan ketinggalan kereta api pulak ye. Good luck! ^^

Back To School Giveaway by Abam Kie

KLIK SINI

Assalammualaikum dan haiii semua. Back to School Giveaway by Abam Kie. Awal Januari dengan berbagai giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Kite ni haa yang tak sempat nak join. Busy sokmo. |hahaha| Btw jom join ramai ramai disamping untuk memeriahkan giveaway ni. Good luck uolls ^^

Sunday 22 January 2017

Planner & Calender Giveaway by Kasihku Amani

 KLIK BANNER! ^^
KLIK BANNER

Assalammualaikum semua! Haiiii!! ^^... 

First giveaway [Panner & Calender Giveaway by Kasihku Amani] Anis join lepas exam. Alhamadulillah. Moga moga ada rezeki la ye hendaknya. InsyaAllah. Jom la ramai ramai join. 

Tamat pada 23 Januari 2017 tau. Tak lama dah.

Good luck dan selamat berGiveaway! 
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)