Tuesday 25 October 2016

Journey 11 - Karnival Halal Malaysia 2016 dan Program MyBestBuy di RTC Gopeng, Perak

Akan dihati sampai bila bila - MyAgrosis


Assalammualaikum dan haiii semua :) Alhamdulillah.. Harini kita dah berada di minggu akhir bulan oktober. Cepat betul masa berlalu kan? Masa memang tak kan menunggu kita melainkan kita bijak menggunakan masa sebaiknya. Tadi. Yes tadi, aku dan kawan kawan sekelas dah selamat menjalani test 1 elc650.. Fuhhh! Berdebar makkk. Teech masuk memang terus sejuk tangan kaki semua. Siapa teech tu? Actually tu panggilan sweet kami kat lecturer subjek ni. Tapi aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada teech sendiri sebab sepanjang test tu, aku rasa relax. Alhamdulillah. Macam mana markah? Tanya teech |huuu|


Saja intro serba sedikit tentang harini. Actually aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku dan kawan kawan time Karnival Halal Malaysia 2016 dan Program MyBestBuy di RTC Gopeng, Perak yang diadakan pada 21 oktober 2016 sehingga 23 oktober 2016. Kami sekelas semua ambil bahagian dalam penjualan di karnival ni. Kami mempunyai 27 orang dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan mewakili satu hari di sana. Aku bertugas hari Ahad. Memang penat sebab hari terakhir. Fuhhh. nasibla hari ahad tu big boss turun. So cucur jagung, cucur sayur dan cucur keledak, big boss settle. Aku dan kawan kawan yang lain tolong kat belakang tabir je, tolong promote.. Marketing semua. (^_____^)


Kalau tak ada big boss, rasanya kena jugak kot mengadap kuali dan minyak panas tu sebabnya sebelum niaga tu, big boss dah ajar dah cara buat cucur tu macam mana. Dapat la jugak kami sekelas kongsi resepi rahsia cucur tu.. Memang sedap. Tahu sebab apa? Sebabnya sebelum ni aku buat cucur, penyek dan leper je. sekarang aku dah tahu macam mana nak kembungkan cucur. Thanks sir! Alhamdulillah, satu ilmu dah dapat. Ilmu kedua, time meniaga tu.. marketing kena best. Pandai tarik pelanggan. Jangan malu. Jangan guna panggilan pakcik dan makcik.. Better panggil kakak atau abang tapi kalau dah tua sangat, aku hentam cikk je.. Niat di hati nak panggil makcikk :D


Our big boss merangkap lecturer aku time diploma dulu


Marketing team. Chaiyokk!


Apa yang kami jual? Jualan yang paling utama adalah cili. Yes cili sebab karnival ni adalah usahasama bersama FAMA jugak. Kami jual cili organik yang tanamannya tanpa racun serangga hokey. Sekilo RM15, memangla mahal sebab cili organik dan di tanam dibelakang kolej students perempuan. Cilinya memang besar.,. Dahla pedas gila. Nak tahu macam mana aku tahu pedas gila? Sebab hari tu big boss goreng mee dan letak paste cili organik tu.. Aku makan 3 sudu je. Pedassss macam makan ramen |hahahaha| Apa lagi kami dari uitm jual? kami jual cili sos dari cili organik, RM8 sebotol (yang penutup warna merah) Cili sos memang sedap, manis manis masam. Then, kami jual jugak cili paste cili hijau dan merah (penutup warna biru dan pink) RM4 dan cili jeruk ~ yang ni tak tahu harga sebab big boss buat hari tu jugak dan aku tak tahu harganya, mungkin aku tak alert |hahaha| ^^


Macam dah bagitahu tadi, kami juga ada jual cucur anak dara walaupun yang hari ahadnya tu, anak teruna yang buat. Yang tukang angkat semua anak teruna. Aku memang tak main la kat kuali tu sebab tak sampai.. CEO siap offer nak tolong angkat cucur tak? Memang tak la sebab kuali pun besar.. Mana sampai. Aku lebih rela tolong kikis butir jagung untuk buat cucur jagung. Tak kesah sakit tangan pun. Kalau letak bahan bahan untuk buat cucur, macam letak garam, gula, tepung, dan bahan bahan lain.. Aku boleh tolong tapi nak gaul tu, aku surrender sebab aku tak nak singsing/senteng aku punya lengan baju. Aku lebih rela suruh classmate lelaki aku tolong. Big boss cakap, orang lelaki lagi laju buat kerja berbanding orang perempuan and I agree that right now (^___-)


Hari ahad tu kan, kumpulan aku jugak bernasib baik sebab CEO dan pembantu CEO sudi turun tau. Syukur sangat sangat dan ada jugak ahli lain yang dah turun hari sabtu dan sanggup lagi turun hari ahad. Ingat tak penat ke.. Dahla hari sabtu hari kemuncak segalanya.. Tambah pulak hari ahad lagi. Lagi satu terima kasih jugak kepada ahli kumpulan aku sendiri sebab mereka sudi cari pengalaman hari sabtu. So ahad mereka datang, ilmu dah penuh di dada. Cewahhhh. Kiranya mereka tak kekok nak buat apa time hari ahad tu. Memang terbaikkk. Aku rasa, bila progam kita involve macam ni.. Jurang hubungan antara kawan kawan dapat dikurangkan. Perasaan malu berhadapan di hadapan orang ramai dapat dikurangkan. Tapi hari tu memang aku tabikk kat aina dan ain sebab mereka berani promote cucur tu, siap pegang tester. Wehhh. Mana malu korang? Hilang dah? Marketing memang terbaikkkk!



Belakang tabir

Jualan - Marketing

Classmates . Roomates

Orang kuat nih ^^

Orang kuat yang menjayakan progam ni

Aku rasa, cukupla kot sampai di sini dulu ye. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun ada je sikit sikit kekuranganya.. Biasala kan. Tak semua perfect. Aku bersyukur jugak Allah bukakan pintu hati untuk cuba dunia yang lain dari course yang aku ambil ni. Alhamdulillah. Sangat sangat seronok dan aku tak menyesal pun penat kerana program ini. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih ^^


Kami mencipta kenangan bersama ^^

Friday 21 October 2016

Review : Aku, Dia dan Pinky Promise



Let's start :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua ^^ Actually, harini baru sempat nak review balik novel yang dihadiahi oleh seorang blogger. Siapa? Blogger Cik Hani. Yes. Beliaulah, Terima kasih. Btw aku dapat dua hadiah.. Satu lagi dapat baggy tshirt.. Alhamdulillah, rezeki awal tahun time tu. So sekarang ni, dah nak dekat hujung tahun baru berkesempatan untuk review.. |hahaha| Tapi novel tu, lepas dapat je, memang terus baca. Sekarang ni pun, ingat ingat lupa kisah dalam tu.. So terpaksalah bukak novel online dan baca sikit sinopsisnya. Jangan marah |hohoho|


Novel ni berkisah tentang flashback zaman persekolahan antara hero, heroin dan hero kedua |hahaha| Cerita ini diantara Siti Saleha, Azri Amri @ Ray dan Daniel.. Actually ada lagi la watak tambahan tapi watak yang aku list kan adalah watak utama. Btw aku tak nak cerita satu persatu tapi nak review sekali lalu je.. Kalau korang rajin, try la bace novel online.. InsyaAllah.. Lebih puas hati. Kalau nak lagi puas hati.. Sila beli novel Aku, Dia dan Pinky Promise by Anna Lee. Bagi aku la kan, cerita ni best sebab dia mengingatkan kembali atau bawak aku kembali ke zaman sekolah. Cerita ini bermula apabila siti saleha berangan angan untuk pulang ke masa lampau sebab dia macam tak puas hati dengan apa yang di kecapi sekarang. Sekarang umurnya 33 tahun tapi masih tidak kahwin lagi kerana tunangnya, daniel seringkali menangguhkan perkahwinan. Daniel merupakan seorang model. Model bagi siti saleha tidak menjamin kehidupan pada masa hadapan.


So apa yang dia mahu apabila pulang kembali pada usia 17 tahun? Pertama sekali dia mahu menukar course dari sains ke sastera, keduanya dia nak daniel, tunangnya belajar sehabis baik sebab dia tak nak tunangnya menjadi model pada masa depannya, ketiga, dia nak berbaik dengan cikgu Hazam yang sekarang ni dah jadi abang iparnya.. Tak sangka, angan angannya menjadi kenyataan. dia dapat kembali pada usia 17 tahun dan dia dapat menukar course kepada sastera. Dia ditempatkan di kelas hujung dan bertemu dengan Azri. Siapa azri? Orang yang minat saleha dari tingkatan satu lagi. Disebabkan nak bagi saleha nampak kewujudannya, dia selalu cari pasal dengan saleha. Orang kata teknik ngurat azri ni tak la secara straight to the point sangat. Disebabkan kelas yang dihuni saleha ni kelas hujung, so memang ramailah samseng dan termeterailah satu pinky promise bahawa azri akan menjadi guardian angel saleha bagi menjaga keselamatannya. Dan cinta mereka bersatu tanpa pengetahuan orang lain serta azri berjanji akan meminang saleha 16 tahun akan datang.


Cinta azri memang unik, sejak dari tingkatan satu dia minat saleha.. Now saleha satu kelas dengan dia. Azri ni memang pandai melukis, so dia selalu lukis wajah saleha dan rakan rakan saleha. Azri ni juga akan selalu utus surat setiap kali hari lahir saleha. Tapi saleha tak tahu pun siapa yang bagi surat tersebut sebab surat tersebut tanpa nama. Dalam novel ni, ada juga perbualan antara azri dan saleha tentang surat yang saleha dapat tanpa nama.. Saleha cuba tanya siapa yang bagi surat tersebut tapi azri cuba mengendahkan pertanyaan tersebut. Dan di sini juga ada menceritakan saleha mengajak azri untuk ke sekolah daniel untuk berjumpa daniel. Bila orang sukakan kita dan kita ajak dia bawak kita jumpa bakalnya tunang kita.. Apa dia rasa? Itulah yang azri rasa.


Sehingga la spm tu, azri kemalangan dan menyebabkan buta.. Emaknya sendiri mengumukan bahawa dia dah mati.. Aku pun tak tahu kenapa azri pilih untuk umum macam tu? Mungkin dia malu kot. Tak lama lepastu pun saleha kemalangan dan dia pun tak ingat langsung tentang hubungannya dengan azri. Ini adalah kemalangan pertama. Kemalangan kedua yang menyebabkan dia koma dan dalam koma tu kenangan bersama azri mengimbau kembali. Cinta mereka memang unik. Sekali lagi aku tekankan UNIK. Walaupun azri tu buta, dia boleh kenal saleha tu tanpa melihat. Saleha pun walaupun dah terima khabar berita bahawa azri tu dah mati tapi kenapa bila bersama ray, dia rasa dia bersama azri |hahahaha| Cinta memang hebat. Actually, lepas azri buta, memang dia tukar nama kepada ray. Tapi saleha tak kenal pun itu adalah azri walaupun dorang tu bekerja bersama.


Time saleha dalam koma, boleh dikatakan ray ni selalu jugak datang melawat membuatkan daniel cemburu. Tarikh pernikahan mereka semakin hampir tetapi saleha semakin jauh. Yes, kerana cinta azri dan kerana pinky promise yang telah ditemeterai. 16 tahun menunggu, azri masih tidak datang meminangnya. Dulu azri pernah bagitahu bahawa andai 16 tahun tu dia tak datang meminang, bermakna dia dah tak ada di dunia. Time ni, memang sedih.. Rasa macam "Eh, tak kan hero mati kot?" Dan alhamdulillah, ending nya pastinya menggembirakan.. Saleha dan Azri @ Ray kahwin jugak dan daniel terpaksa meredhakan takdir yang telah tercipta. Cinta ini adalah milik mereka berdua dulu, kini dan selamanya walaupun time tu saleha yakin sangat bahawa daniel adalah jodohnya tapi dia lupa bahawa ray adalah pelengkap hidupnya. 


Allah sebaik baik perancang. Macam gitu jugaklah hidup kita ni. Kita rasa, dia tu adalah yang terbaik buat kita tanpa kita sedari rupanya ada lagi yang lebih baik. Oleh itu, berpegang pada Allah., Redha sahaja dengan takdir Allah. Sesungguhnya Allah pegang hati kita :')


Kita manusia boleh mengikat janji tapi Allah yang lebih berkuasa.


Sekian.



*** Aku bagi 4 bintang untuk novel ni. Actually kawan aku pun ada baca novel ni dan dia jugak puji melambung. Bravo pengarang! Novel yang cukup rasa. ^^

Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita




Moh ler kita join untuk memeriahkan lagi segmen ni. Good luck! ^^

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Tag : http://www.farahsanusi.com/

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI



Haii uolls. Jom ramai ramai join GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI.. Mana tahu terselit rezeki ke.. InsyaAllah. Jom la memeriahkan giveaway ni.. Kalau nak join, klik banner okay. Giveaway bermula dari 20 Oktober 2016 sehingga 25 November 2016.. Good Luck! ^^



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !


GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

Saturday 15 October 2016

choose



Today, 
I choose to be happy. I choose to let go. I choose to be myself. To love myself. To cherish myself. 

Today, 
I choose to let go of the people whose company is toxic to my peace of mind. 

Today, 
I choose to be free. I choose to liberate my soul from the aches it's been through. 

Today, 
I choose to stay away from closed doors. I choose not to craft a wall around my heart. I choose to decorate it with the lessons. I've learned. I choose to paint it with respect and confidence. 

Today, 
I choose to forgive myself. For being too much of myself. For allowing myself to hurt myself, 

Today, 
I choose to embrace my flaws, I choose to accept my mistakes. 

Today, 
I choose to change. I choose to be better. I choose to move forward. I choose to guard my soul. 

Today, 
I choose to be brave. I choose to say no then saying yes hurts. 

Today, 
I choose to be wise. I choose to embrace my time. For all that is timeless is precious. And all that is different is beautiful. 

Today, 
I choose to be beautiful



*** credit to the writer 

Thursday 13 October 2016

Journey 10 - Bayview Hotel, Georgetown

Sumber : encik google

Bangun pagi, see :)


Assalammualaikum dan hai semua :) Apa khabar? Sihat ke? Moga moga sihatla hendaknya.. InsyaAllah. So hari ni, full day kelas tak ada.. Boleh la rehat rehat. Actually nak update entry lepas zohor tadi tapi, baca itu.. baca ini, Sekarang ni baru mula menaip |hahaha| Okay, hari ni aku nak share la sikit tentang pengalaman aku ke penang 5 dan 6 Oktober minggu lepas. Pengalaman yang menyeronokan bersama para pensyarah dan kawan kawan sekelas. Alhamdulillah, budget uitm dan 1/3 daripadanya, support duit sendiri. Terima kasih dR pensyarah dan arigato uitm kerana bagi peluang untuk kami berjalan jalan. Upsss. Actually pergi seminar la :D


Hari rabu minggu lepas, 5 oktober 2016.. Dalam pukul 2.30 petang tu.. Kami bertolak ke penang dan destinasi pertama adalah of course la tempat penginapan, kami memilih bayview hotel. Ehem ehem dekat jugak dengan padang kota... Boleh la p pekena pasembuq |hahaha| Mimpi je kot sebab aku tak p pun padang kota sebab malam tu hujan. Dalam 6.30 petang tu sampai la hotel, check in semua.. Boleh la solat dan mandi serta rehat. Hotel, memang memang best, lagi menggamatkan kedaan, aku tengok dalam bilik air dia ada bathtub, so jakun sekejap. Bukan apa, sebelum ni.. Tak pernah lagi menginap di hotel ada bathtub. T.T Sobs sobs


Pemandangan dari kiri - Sampai je terus capture


Pemandangan dari kanan - Ada padang, mungkin sebelah tu sekolah.

Gambar ni di ambil dari tingkat 15. Gayat tak |hohoho| Bila tengok lautan luas terbentang, Alhamdulillah. Allahuakhbar.. Betapa cantiknya ciptaan Allah walaupun ketika tu cuaca mendung dan nampak pemandangan macam kabur je tapi kecantikan itu still ada. Allahhu. Untuk bayview hotel, dR pensyarah tempah tujuh buah bilik. Dua buah bilik untuk pelajar lelaki dan lima buah bilik lagi untuk pelajar perempuan. Satu bilik, muat untuk empat orang. So pandai pandai la pilih dan decide partner masing masing. Kalau aku, aku pilih roomates aku sendiri je sebab itu lagi senang kan. Tentang harga sebuah bilik pulak.. Bilik yang kami menginap ini hanya rm180 untuk satu malam. So kami just paid rm45 per head. Bagi aku okay la tu.. Bukan senang nak menginap di hotel bertaraf empat bintang kan.. Siap ada bathtub bagai... Jakun tak habis habis lagi. Padahal, aku tak mandi dan tak berendam pun dalam bathtub tu |hahaha| O.O


Okay, malam tu dalam pukul 8.30 malam kami keluar cari makan dan kami memilih restoran sup hameed untuk dinner malam. Macam biasa, aku tak pilih pun nasi sebagai pelapik perut.. Sebab tu pagi keesokkan harinya perut aku kembung |huhuhu| Malam tu aku makan roti canai sardin (rm3.70) dan teh ais (rm2.10) not bad harga dia. Biasala penang. Ingatkan macam dalam uitm ke ;) Sebelum masuk kedai tu, aku terbau bau sup tapi tak terasa pun nak order sup. Kalau tak, boleh makan sup dengan nasi atau roti. Adoiii. Rugi. Sesiapa yang nak p penang tu, boleh la try sup kat restoran sup hammed ni, famous jugak tau. Okay, dalam pukul 10 malam.. Memang aku dan roomates dah dalam hotel, selfie.. wefie bagai. Ada jugak yang kawan kawan lain ambil peluang untuk ke padang kota dan sebagai. Aku dan kawan kawan terdekat ni, malas pulak nak keluar lagi memandang kat luar hujan. So rehat je la dalam hotel (^______^)


Selamat beradu semua !
  

Sebahagian dari lecturer yang bagi talk


KAMI! ~Terselit kat situ T.T

Keesokkan harinya bermula seminar yang ditunggu tunggu. Ia berkaitan dengan Pelaksaan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia : Pelaksanaan Dan Cabaran. Actually, sebahagian pensyarah aku menjadi penceremah di sini. Untuk seminar ni, seorang peserta  perlu membayar rm160, lebih kurang macam tu la. So kami student dari uitm.. Uitm la bayar. Alhamdulillah. Apa yang aku dapat kat seminar ni? nowdays, development charge atau caj pemajuan ni akan dikenakan pada setiap pembangunan yang akan dibangunkan. Contohnya di selangor, caj ni memang dikenakan dah lama dah. Kedah dan Perak masih baru. How about johor? Seminar ini ada juga mengajar di mana caj kemajuan ini akan diletakkan untuk penggiraan cost cost yang akan dikeluarkan oleh developer.


Development charge akan diletakkan di dalam residual method. Method apakah? Kalau nak suruh terang, memang panjang laa ^^ So bila aku berada di dalam ruang seminar bersama peserta lain yang terdiri daripada valuer dan planning.. Aku dapat lihat, macam mana mereka bertanya dan menjawab soalan yang aku sendiri tak tahu apa jawapan dia. Btw development charge ini diperlukan oleh local authority sebab kewangan tersebut akan digunakan oleh local authority untuk membuat jalan.. Membesarkan jalan dan sebagainya yang developer tidak provide time dia buat pembangunan di kawasan tersebut. Di situ terbitla cabaran yang perlu dihadapi apabila development charge dikenakan.


Macam biasa, makan kat hotel memang mewah, asyik makan je. Tiga kali makan. Aku tak pernah miss pulak tu makan. Tapi sedihnya, kenapa makan berdiri? Time breakfast dan minum petang.. Aku tercari cari jugak kerusi tapi tak disediakan. Ada pun meja bulat dan tinggi. So memang meja tu digunakan dan memang makan n minum berdiri. Rasa bersalah jugak makan berdiri |huuuu| Tapi time minum petang tu, aku ajak ain makan kat dalam bilik seminar |hahahah| rasa puas sikit makan.


Pukul5.30 petang gerak balik perak. Yeayyy! Alhamdulillah.. Pengalaman yang tak akan dilupakan bersama pensyarah tersayang dan kawan kawan yang dikasihi. Syukur ^^ Sebelum terlupa, Seminar ni untuk subject development appraisal.. Dan dalam subject ni ada je tentang development charge. Sebab tu, dR pensyarah bawak kami ke sini di samping untuk makan angin walaupun sekejap |hhahaha| Okay la entry kali ini, nanti kita jumpa lagi deh. Assalammualaikum. Daaaa (^______^)


Ada ruang untuk berdating ^^

Wednesday 5 October 2016

October Diary

Credit to Mr Sharizal. Thank you Sir!


Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Harini nak cerita sikit tentang Inspen. Apa itu Inspen? Inspen adalah Institut Penilaian Negara. Kenapa tiba tiba nak cerita tentang Inspen? Okay, buat pengetahuan semua, Inspen ni ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan pusat latihan dan penyelidikan di bawah Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Malaysia. Alhamdulillah. Tentang ni, aku tak nak tekankan sangat.. Cuma aku nak tekankan yang ni.. Inspen juga menyediakan pengajian peringat sijil.. Dan aku adalah salah seorang keluaran Inspen. Terbaikkk! ^^


Macam mana pulak teringat pulak kat Inspen ni? Actually tak pernah pun lupa T.T tapi bila tengok sekeping gambar ni, boleh mengingkap beribu ribu kenangan especially mestilah teringat siapa yang mengajar kita. Kawan kawan kita. Scandal scandal kita. Pakwe pakwe kita |hahaha| Yang belakang belakang tu aku dah mengarut. Aku baik okay :D


Time kat Inspen dulu, aku ambil Sijil Penilaian Harta Tanah.. Alhamdulillah, kos ni memang menjamin pekerjaan tetapi dengan izin Allah. Rasanya, batch dan kos aku.. 98% daripadanya dapat kerja Di JPPH sebagai pembantu penilaian dan sekarang dah up sikit, sebagai pembantu pegawai penilaian. I think. So kena fight dengan student diploma la kan? Gaji dorang pun ikut 9tahun pengalaman bekerja. Alahai, beruntung sungguh student Inspen ni kan. Disebabkan student Inspen ni kena fight dengan student diploma untuk dapatkan jawatan pembantu pegawai penilaian.. So aku teruskan satu lagi langkah dalam bidang pengajian ini. Allah dah plan cantik sangat dah dalam kehidupan aku ni cuma kadang aku terlupa. Allahhu :')


Actually Inspen ada tawarkan 3 kos, Satu sijil yang aku ambil tu.. Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), kedua sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan ketiga Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) Tapi maaf seribu maaf sebab pengambilan pelajar untuk sesi 2016/2017 dah tutup 30 september 2016 haritu T.T Kalau tak, siapa yang lepasan spm haritu boleh je daftar. So boleh cuba tahun hadapan :)


Credit to Inspen


Dulu time umur aku 18tahun, lepas spm aku sambung je form 6 sebab tak ada universiti sudi tawar aku kan. So aku ambil sastera time form 6 dulu.. Ada subjek bahasa melayu, geografi, ekonomi dan sebagainya. Alhamdulillah.. Aku boleh perform form 6 dengan sebaiknya tapi cerah tak sampai ke petang, encik abah suruh aku sambung belajar di Inspen.. Ambil sijil. Aku? Sijil? Apa abah nih. Keputusan spm aku, tak la teruk sangat |hahahha| Mungkin untuk 2nd intake uitm.. Aku boleh dapat kot. Fine.. Encik abah tetap dengan keputusan beliau dan aku akur. Selamat tinggal form 6 T.T


Bermulalah aku sebagai student Inspen. Ingat lagi time minggu orientasi.. Motivator tu bagi aku dan kawan kawn satu kertas kecik.. Beliau suruh tulis, Kenapa nak sambung belajar di Inspen ni? Dan aku tulis "abah suruh" dan motivator tersebut menyuruh tampal kertas kecik tersebut di hadapan. Lepastu beliau berkata lagi, tukar niat kerana Allah andai kamu semua menulis ibu atau ayah kamu yang suruh ke sini. Aku terdiam.. dan bermula saat itu.. Aku berazam bahawa walaupun aku kat mana mana pun, aku boleh berjaya. Dan Inspen inilah bermula satu langkah aku dan kini... Aku semakin hampir untuk mencapai cita cita yang pernah aku damba dulu. InsyaAllah.


Yes. Now, I'm in Uitm. Dapat jugak masuk kan? Walau dulu spm, Uitm tak nak pun aku.. Alah, setakat 5A.. Ke aku p mintak course farmasi atau yag hebat hebat.. Memang tak dapatla kan. Ntahlah, Dulu aku tak kenal pun apa itu pengurusan hartanah? Yes. I know estate management from Inspen |hahaha| Keputusan encik abah tak pernah mengecewakan puteri sulung abah ni ~ kesat air mata. Mula mula dulu tak nak pun pergi Inspen tapi tak sangka dekat sini juga la bermula semuanya..


"Be my fiancee."

"I think I wanna marry you."


Dan di sini  jugak, aku kenal kawan kawan yang senang sama senang dan susah sama susah. Alhamdulillah. Umur Aku 20 tahun, aku selesai menamatkan Sijil Pengurusan Harta Tanah dengan jayanya, itu hadiah pertama buat encik abah dan puan ibu, Hari pertama jejak kaki di Inspen, aku berazam untuk dapatkan Sijil Anugerah Pengarah and I got it. Alhamdulillah. Dan seterusnya ditawarkan ke Uitm untuk kos Diploma Pengurusan Hartanah dan sekarang aku masih belajar juga di Uitm dalam kos yang sama di peringakat ijazah sarjana muda. Cantik dah aturan Allah (^______^)


Tak teringin ke nak kahwin dan ada anak? Selalu orang tanya aku macam tu. Of course la nak, lagi lagi tengok facebook.. Kawan kawan post gambar kahwin.. Gambar anak anak.. Tapi tu semua masih dalam rahsia Allah. Still waiting.. InsyaAllah, masa itu akan tiba. I'm still young, baru 24 |hahahah| Sekarang nak dapatkan degree buat encik abah dan puan ibu dulu. Yang kawan kawan dah ada suami dan anak anak, teruskanlaa.. Kebahagiaan tetap milik masing masing.


Aku akan tunggu, aku pasti masa itu akan tiba :)

Sesungguhnya kan, Allah kurniakan kat semua orang fair, kita je rasa.. Eh, orang ni dapat lebih.. Kenapa aku tak?
Allahhu.
Mari belajar bersyukur sayangku.

Sunday 2 October 2016

Tips Mengelakkan Kebosanan di Kolej



Assalammualaikum dan haiiii semua :) Serius sekarang ni tengah bosan tahap gaban dah sebab tak tahu nak buat apa |hahaha| Padahal diri sendiri tu malas nak buat benda yang boleh mengelakkan bosan. Tahu nak mengeluh bosan dan bosan. Istighfar la sikit. Okay, Insaf T.T So harini aku nak share sikit tips untuk mengelakkan bosan di kolej, Kalau sesuai, boleh je guna tips ni kat mana mana pun jika anda berada dalam kebosanan. Diantara tips yang dapat dilakukan adalah :


1. Movie time
|hahaha| Yang ni paling disukai dalam kalangan pelajar. Betul tak? Kalau yang kaki movie tu, kadang satu hari dia boleh  mengadap lappy. Eh. Tak makan pun tak apa? Kenyang tengok movie tu. So boleh je korang layan movie satu hari tu atau setengah hari.. Then, lepas tu sambung study atau sambung la buat assignment semula. Kalau asyik mengadap movie.. Kau rasa assignment kau boleh siap ke? |hahaha| Tanamkan dalam hati, "cuti cuti ni movie hanya untuk lapangan sahaja"

2. Shopping
Okay, masa ni la korang boleh ambil sedikit masa untuk pergi shopping beli barang barang keperluan. Yelah, lima hari kelas.. So cuti macam ni boleh la pergi shopping, shopping is a therapy. Betul tak? Tapi kalau shopping sampai duit habis, bukan dah nama terapi tu tapi boleh dapat darah tinggi Ooo.

3. Holiday
Actually, semester lepas aku ada buat short vacation dengan kawan kawan. Walaupun sekejap tapi ia membawa satu impak yang besar dalam hidup. Kau akan kenal kawan kau macam mana. So kalau ada cuti panjang sikit, try ajak kawan kawan buat short vacation. Memang seronok. Dapat release tension. kalau korang nak buat extreme activity pun okay. Contoh macam kat perak ni, aku suggest pergilah gua tempurung. Yuhuuu.

4. Bersiar siar
Bila kita belajar je, otak jadi penat.. So apa kata, okay je kalau nak pusing pusing satu uni tu.. Amik angin. Actually otak korang akan rasa ringan sikit sebab dapat hirup udara segar dan dapat tengok tumbuhan yang menghijau. Lagi satu, time cuti.. Student kan kurang.. So kurang sikit rasa rimas kan. |hahaha|

5. Tidur
Masa ni la korang boleh qadar korang punya tidur. Lima hari kelas, mesti tak sempat kan nak tidur. So inilah masanya. Tidur sampai puas okay tapi jangan la sampai tinggal solat ye |hihihi| Lepas korang dah puas tidur..Boleh la buat tips no 1 shingga 4. Okay?

6. Ulangkaji
Kalau dari no 1 hingga 5 korang tak nak buat, apa kata cuba yang ni. Yang ni pasti cemerlang la hidup korang time semester tu. Asal bosan.. Bukak nota.. Asal bosan bukak buku. Ulangkaji ni perlu sebab lecturer terang kat kelas, telinga tu bukanla 100% dengar dan alert kan? So ada baiknya study balik apa yang belajar kat kelas tu.

7. Siapkan assignment, tutorial dan lain lain
Cuti macam ni la kita boleh ambik masa untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer. Nak jadi pelajar yang berjaya.. Kita kena pandai curi masa dan guna masa yang sebaiknya. Kalau tak percaya, cuba tanya orang yang berjaya, macam mana dia bahagikan masa.. Tak pun, try baca buku motivasi.. Apa kata mereka?

8. Duduk diam diam
Kalau dari tips 1 hingga 7 memang tak menarik minat korang, okay fine duduk la sampai kematu punggung tu |hahaha| Tahan la bosan sampai start kelas semula. Itu je la yang dapat aku bantu. Kalau jenis yang suka duduk diam, memang tak dapat la nak nolong nye.. ,


Okay la, ini adalah sedikit tips yang dapat aku kongsikan. Disebabkan bosan.. Maka terkeluarlah entry nih. Harap enjoy to read. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Dan jangan lupa ye, jaga hubungan dengan orang sekeliling itu juga penting. Assalammualaikum. Daaa :D 

Saturday 1 October 2016

Hye October! ^^



Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Sihat ke? Harap semua sihat la ye. Maaf sebab biarkan blog macam tu je. Maaf ye cik blog, bukan tak sudi tapi banyak benda yang lagi penting dari awak |hewhewhew| Untuk semester ni, tuan awak ni kena lagi kuat usaha sebab semester ni lagi susah T.T So kena slow sikit untuk blog, tapi jangan risau giveaway dan segmen, I still support uolls. InsyaAllah :)


Harini, satu oktober dua ribu enam belas.. Ohh no, aku semakin tua. Tahun depan.. Bulan satu, satu lagi angka umurku berganjak. Allahhu. Masa terlalu pantas berlalu tanpa aku sedari. Bila fikir tentang umur boleh stress.. So malas nak fikir |hahaha| Okay, bulan oktober.. Hari lahir masturah aka my sister. Hai oktober, adakah kau akan bawa cerita gembira buat kami sekeluarga? Okay, maklong to be.. InsyaAllah ^^


Still waiting lahirnya seketul budak kecik! |hihihi|


Apa lagi menarik untuk oktober nih? Okay my bff also akan melahirkan baby nya.. InsyaAllah. Semoga selamat semuanya. Chaiyokkk. Yang terlebih menarik, of course lah tentang study aku ni.. Minggu depan full sebab ada talk dengan trip. Yuhuuu. tak sabarnya.. Pergi mana? Jeng jeng jeng. Nanti aku bagitahu okay ^^


Harapan untuk bulan ni, semoga Allah permudahkan segalanya. Tak kisahlah apa apa pun, dalam kehidupan ke, study dan sebagainya.. InsyaAllah. Oktober penuh dengan debaran. Eh. Berdebar bukan sebab nak nikahla. Jangan macam macam ea :|


Okay lah, cukuplah tu bebelan daripada anis.. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah akan selamat hidup kita dunia akhirat. Amin. Assalammualaikum :D

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola




Jom tukar link sesama kita? Join nak tak? Klik banner tau.

Facebook : Anis Khalilah
Instagram : anis_khalilah
Twitter : @AnnyssAnis

Birthday Giveaway by KasihkuAmani



Haiii semua! Giveaway lagi.. Dan hadiahnya buku. Sukanyeeee. Jom join! Untuk join, klik banner okay. Akan berlangsung sehingga 30 Nov 2016. Good luck! ^^

Giveaway Kedua Blog Nota dan Kopi




nak join? Klik banner okay. Hadiah ada BUKU. I love book! ^^
Sehingga 20 Oct 2016 ni tau. Cepat cepat join. Good luck.


Jadikan pengalaman adalah guru yang terbaik! ^^


SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog


Jom ramai ramai join segmen by encik blogger ni. Tarikh pun di extend kan tau. So ambik la peluang ni.. Semoga ada rezeki. Amin. Good luck! ^^

# nak support? Nak join? Nak topup free? Okay, klik banner comel kat atas tu tau. Daaa

COMICS GIVEAWAY BY SVIORS



Hai semua... Mahu memiliki komik secara free? |hihihi| Apa kata, jom join giveaway ni.. Berminat? Klik sahaja banner. Mudah kan? Good luck ^^

Tamat : 12 oct 2016
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)