Saturday 28 May 2016

Backpackers 1 : Cameron Highland **



Cameron Valley, Tanah Rata

Assalammualaikum dan haiiii :) Disebabkan harini last aku kat uitm untuk minggu ni, so meh la aku sambung cerita sekaligus habiskan terus cerita pengalaman bercuti dengan kawan kawan haritu. Jom kita sambung entry Backpackers 1 : Cameron Highland *  Okey, lepas check out bilik dalam pukul 8 lebih pagi tu, kami terus naik ke tanah rata.. Kami ke Cameron Valley. Sejuk wehh! Lepastu p Mardi. Lepas naik tanah rata, turun pulak brinchang sebab nak cari kedai makan tapi sampai ke sudah tak jumpa kedai makan. Mungkin kami yang tak nampak atau kedai tutup. Last last beli kat pasar malam brinchang dan makan depan hotel je  :D


9.00 pagi - Cameron valley.

Sengaja pergi awal pagi sebab takut panas, biasala ladang kan. Kalau dah p tempat macam tu, every place mesti nak selfie.. Sampai aku siap perli ain |hahaha| Ain kan suka selfie. Time sampai ladang teh tu, still tak ramai orang sebab masih awal. Mungkin. Dah nak dekat pukul 10 lebih baru orang makin ramai. Tahu tak sebab apa kami nak sangat ke cameron valley ni? Sebab dalam facebook orang duk cerita tentang kecantikan air terjun dalam tu. So kami pun terpengaruh dan nak tengok sendiri kecantikannya. Berjalan punya berjalan menuruni bukit sepanjang jalan kecik ladang teh tu, actually ikut mini tar.. Sampai la kami di air terjun yang diceritakan. Tengok, alah biasa je pun. Ambil satu gambar.. Bagi kat encik tunang, dia boleh kata macam air longkang. Hampehhhh!!! -.-" So tak apa, ikut je.. Banyak jugak ambil gambar kat kawasan nih .. Dah dua jam kat situ pun, kami tak sedar. Bila hari pun makin panas dan orang pun makin ramai, kami pun beransur daki balik bukit untuk naik ke atas. Pehhh, lenguh kaki wehhh. Nasibla aku pakai kasut. So macam mudah dan selesa la nak panjat bukit dan lalu tepi lereng ladang teh tu. Actually orang kata, ladang teh boh pun cantik. Maybe next time.. p dengan encik suami |wakakaka| InsyaAllah ;)


Cameron Valley


Time baru sampai, Fresh


Pas masuk : Cameron Valley - RM2 & Taman Agroteknologi Mardi - RM3

11.30pagi - Taman Agroteknologi Mardi, Cameron Highland

Kat sini lagi banyak kami bergambar. Famous jugak mardi ni sebab pelancong memang tak sah kalau tak ke sini. Bukan apa, pemilik hotel yang kami menginap pun tanya, ada pergi argoteknologi mardi? Dia cakap macam macam ada kat situ. Serius memang semua ada. Strawberi, salad.. warna hijau.. Purple, tomato, kobis tapi tak dapat tengok anggur.. Ada anggur tapi masih kecik, sikit je.. Apple pun tak menjadi sangat buahnya :( Kesian kat ain la sebab dia nak tengok sangat anggur dan nak petik sendiri strawberi tapi tak ada rezeki dia. Haa.. Satu lagi, do you love flower? Wehhh. Banyak gila bunga kat sini.. Aku pun tak ingat dah nama nama bunga tersebut.. Yang aku kenal pun, rose, sunflower.. Tu je la kot.. Yang lain aku bubuh nama sendiri |hahaha| Cantik sangat. Serius cantik! Lagipun, aku pun salah seorang peminat bunga ;)


Pelan supaya tak sesat. Tengok, banyak tempat best dalam tu



Apple tu. Hijau. Mesti masam. Gerenti.


Kawasan ni tempat orang beli bunga - disebabkan kawasan ni cantik, aku suruh sue snap gambar :)


Fika bagi nama bunga loceng - pandai pandai dia je -.-"!

Berpeluh jugak berjalan dalam ni dengan ramai orang, lepastu hujan pulak. Lebat jugak. Time hujan lebat tu, kami decide untuk turun brinchang balik. Yela, hujan.. Perut pun lapar. Sebelum tu, kami p pekena strawberi celup coklat. Satu bekas hanya RM8, okey.. Aku share dengan sue. So kat situ dapat kurangkan kos. betul tak? |hahahha| Strawberi rasa masam je tapi bila celup dengan coklat, memang best. Aku prefer coklat lagi dari strawberi. Nyummy! Sue sampai jilat habis coklat tu |hahaha| Okey, fine tak membazur :p Actually kat sini pun ada jual sayur macam kobis, salad.. Segar segar. Tak tipu. Ingat nak beli jugak tapi bila fikir balik, nanti nak masak kat mana? Pakai apa? So kuburkan saja hasrat tersebut |huhuhu|


Nak rose warna apa? Semua warna ada :)


Ni tak tahu bunga apa? sunflower. tulip kot :p


Bunga lagi :D


Tengok salad dia, segar kan? aku tak tipu


Ni?? segar jugak


Sungguh nyummy kn?


Last di Mardi - hujan ni, tengok tudung.. Berbintik bintik :p


2.00petang - Big Strawberry Farm

Lepas puas jelajah mardi, terus turun brinchang untuk makan, malangnya kami tak jumpa pun tempat makan dan turun semakin turun.. Jangan sampai jumpa ipoh sudah |hahaha| Singgah cameron square.. Tak ada tempat menarik untuk turun makan. Payah jugak nih. Perut dah menyanyi nyanyi kot. Last last sampai pasar kat bawah tu.. Apatah nama tempatnya, singgah beli keropok lekor dan cendawan goreng. Itu je yang mampu untuk perut |huuu| Kesian. Lepas beli tu naik brinchang semula.. Singgah S corner dan big strawberry farm.. Kata nak petik sendiri strawberi kan. Sekali lagi, malangnya tak kesampaian. Dalam big strawbery farm ni pun banyak bunga segar segar, salad.. Tomato. Lepastu makanan yang dijual pun berasaskan strawberi. Best jugakla. Tapi yang kecut perutnya, nak naik tempat parking kereta.. Kat atas. Tinggi pulak tu bukit plus curam. Aku dah cuak. Fobia kot.. Takut kereta terundur ke belakang balik. Padahal kereta auto kot. Ntahla. Fobia. Lagipun, aku sendiri tak pass bab bukit nih |hihihi| Haaa berbalik pada S corner.. Kat S corner tu just berhenti makan apa yang dibeli tadi tu je, tak singgah masuk pun kedainya. Kata orang, Kat S corner barang murah. Ntahla. Dan nak bagitahu jugak, hari sabtu tu pun, jalan turun dari brinchang ke bawah memang sesak. Tahan lapar kami dalam kereta tu :(


Big Strawberry Farm - last

Nak pergi big strawberry farm ni pun boleh sesat kot. Marah ke map, map marah ke kita balik |hahaha| Nasib baik, alhamduulillah.. Allah beri petunjuk.. Sampai jugak big strawberry farm. Balik farm tu, terus check in balik hotel dengan harga RM180 bagi satu malam. Kenapa harga tak sama dengan semalam? Sebabnya harini cuti hari wesak dan mungkin check in awal. Sebab tu check in balik time petang.. Dalam pukul 4. Balik tu, mandi dan solat semua dan paling heaven.. Tidurla.. Rehat. Lepas maghrib tu baru p cari makan dan shopping. Alhamdulillah. Kedai makan depan hotel je.. Sejuk sejuk dapat makan tomyam. Best giler. Dahla sedap. Malam tu makan nasi putih + tomyam ayam + telur dadar. Itu pun dah best giler. Tomyam pulak panas panas dan pedas. Pehhh. Telan air liur kejap |hikhikhik| Dekat pukul 9 malam tu, dah siap makan.. Now masa untuk shopping.. Yeayyy! Actually, aku beli lagi cendawan goreng tepung kat pasar malam.. Sebungkus RM5. sedap! :D


Esok dalam pukul 11 pagi gerak balik seri iskandar. Tu pun lepas breakfast kat kedai depan hotel kami. Kawan kawan dah pekena nasi putih.. Aku makan roti canai sardin. Then kami bungkus roti canai kosong.. Sampai u, baru makan roti canai tu |hahaha| Mana taknya, dalam perjalanan still singgah beli keropok lekor la, pisang goreng dan strawberi untuk kawan kawan sudah pasti sebab segelintir kawan kawan sekelas tahu yang kami naik cameron |huhuhu| (^____-) Alhamdulillah, sampai uitm di hatiku pada pul 4 petang.. Minyak yang isi sebelum pergi, RM50 pun still tinggal 2 bar.. So redha kan je la.. Tak kan nak jalan jalan p lumut pulak semata mata nak habiskan minyak? Memang tak la.. Sebab dah penat T.T


Di sini dapat aku tekankan bahawa bila bercuti dengan kawan kawan, ia lebih save budget.. Budget aku tak lebih RM400. Alhamdulillah, tak la duit aku habis macam tu je |hahaha| Rasa macam bangga jugak sebab dapat control duit tanpa berjoli sakan sangat.. Yang penting, untuk ahli keluarga, encik tunang dan kawan kawan memang ada buah tangannya. Meh sini aku tunjuk budget bercuti kali ini bersama 4 kawan kawan.

Kereta sewa + minyak : RM250 (bahagi 5 orang)
Hotel : RM320 (bahagi 5 orang)

Makanan : RM100 [3 hari 2 malam]
Shopping : RM100 [tshirt, bantal, strawberry, fridge magnet, keychain] 
Pas masuk : RM5 [cameron valley & mardi]

Tambah tolak tambah tolak, kurang RM400 aku berbelanja, bagi aku okey kot.. Sebab encik tunang pun perli aku kuat makan. By the way, macam ni la budget student. Sekian sahaja untuk kali ini. Assalammualaikum dan selamat malam :)


*** Maaf gambar TERbanyak |hahahaha|


Air terjun dalam ladang teh - Sampai hati cakap macam air longkang. HAHA

Wednesday 25 May 2016

Giveaway Topup by Cik Emy

KLIK SINI



Korang, jom ramai ramai join! Good luck!

Backpackers 1 : Cameron Highland *

cameron valley tea - anis. ain. fika.  nia. sue


Assalammualaikum dan haiii semua. Sihat? Alhamdulillah, iolls baru balik holiday nih. Actually tak ada la baru sangat. Tapi mood holiday still ada lagi. By the way ni first time bercuti dengan kawan kawan dan berdikari sendiri. Selalunya kalau berjalan jalan dengan kawan kawan, penginapan ni dan semua la, pihak universiti yang handle. So tak rasalah nak buat sendiri. Lagipun, percutian nih dah lama sangat plan. Sejak sebelum sambung degree lagi, alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya. Syukur sangat. Orang kata, memang mudahla perjalanan, yela.. Semua geng gegurl. Takut tu ada jugak tapi kena sado kan hati naik cameron highland sebab memang dah nekadkan hati nak naik cameron highland 20 mei 2016 sampai 22 mei 2016 :)


20 mei 2016 - 6.00 pm

Serius, plan nak naik bas je.. Nak jadi backpackers katanya tapi Allah tak izinkan sebab kelas research pagi tu  ditukar kepada 3 petang sampai 5 petang. So kita orang tak ada pilihan melainkan sewa je kereta |hahaha| So fikir punya fikir, kita orang sewa kereta viva auto.. Kena auto la sebab nak naik bukit. Tak berani aku nak bawak naik kereta manual. Yang cik driver pun tak berapa nak mahir lagi dengan bukit. So dua hari dengan hanya RM200 untuk budget kereta sewa. Dalam pukul 6 petang tu, kita orang bertolak ke cameron highland selepas sue dan nia p amik kereta luar dari kawasan universiti. Dalam perjalanan tu, dua phone atas riba aku, satu phone bukak waze dan satu lagi phone bukak map. Semata mata tak nak sesat. Yelah, aku tak ingat jalan.. Padahal dulu encik abah dah pernah bawak naik cameron highland. Jalan yang sama jugak. Mungkin faktor usia, aku dah lupa semuanya. Kita orang dari seri iskandar terus ke batu gajah dan naik cameron highland melalui simpang pulai (*____^)


Weh, naik banjaran titiwangsa dah nak dekat pukul 7 malam, kau rasa apa? Semua dalam kereta perempuan. Aku tengok luar kereta, makin gelap. Aduii. Takut jugak. Tapi kena teruskan jugak perjalanan sebab dah nekad beb. Lepas maghrib tu encik tunang call, tanya dah sampai mana? Serius aku pun tak tahu sampai mana.. Tanah rata pun tak nampak lagi.. Brinchang lagilah tak nampak bayang. Saat talian diputuskan, tiba tiba ada seorang lelaki tahan kereta kita orang, cuak giler beb. Semua muka dah takut. Aku cuba relax tapi dalam hati.. Siapa yang tahu. Dahla malam. Lelaki tu suruh berhenti. Kawan kawan yang kat belakang mintak cik driver jalan je. Yang aku kat sebelah cik driver tak tahu nak buat keputusan apa sebab kalau still jalan, depan tu ada jalan satu line je.. Kecik pulak tu. Lepastu lelaki tu datang kat tingkap cik driver, then aku mintak cik driver berhenti dan bukak je sikit tingkap, sekali lelaki tu cakap... Depan tu ada kereta dari jalan bertentangan nak lalu sebab kat situ kerja kerja memperbesarkan jalan sedang dilakukan |wakakakaka| Terus hilang kecut dalam perut.. Rupanya lelaki tu orang yang jaga jalan. Tapi butir bicara lelaki tu tak faham sangat sebab mungkin orang asli. Maaf encik.. Kita orang asyik fikir negatif je... Bukan apa, kes culik.. Rogol semua makin menjadi sekarang. So kena hati hati  (".)



Kami menginap di sini - Ria Cameron Hotel



20 mei 2016 - 8.50 pm

Setelah melawan kabus sepanjang perjalanan.. Kabus ni, kadang dia datang sampai tak nampak jalan.. So banyak berdoala time kabus tu menyerang. Makin lama perjalanan, semakin tinggi kita orang panjat banjaran tu. Makin sejuk. Alhamdulillah, lepas 2 jam 30 minit perjalanan.. Kami sampai brinchang. Yeayyy! Tengok pasar malam brinchang, meriah betul. Tak sabar nak ke situ  |hahaha| First sampai tu, kami cari hotel dulu. Banyak giler hotel kat kawasan brinchang. Memang dah plan nak cari hotel sekitar brinchang dan dekat dengan pasar malam just tak specific kan nak menginap kat hotel mana. Dalam tengah mata meliar cari hotel, tiba tiba seorang lelaki datang dekat kat kereta kami. Adoii.. Kecut lagi perut. Takut! Fobia betul dengan lelaki nih. Sekali dia tanya nak cari hotel ke? Dia boleh bagi murah. First tu kami tak percaya. Berlagak. Kami siap cakap nak cari hotel lain lagi |hahaha| Lepas beberapa minit tu, marketing dia menjadi jugak sebab kami berlima setuju dengan harga bilik yang diberikan.. RM140 untuk satu malam dan dua katil besar untuk lima orang. Lepastu ada pemanas air.. Kat sini tak ada aircond okey sebab dah sejuk. Then dia bagi sejadah dan kettle. Okey la tu kan.. Selesa kot. Selesai tempat penginapan! (^_______^)



Muka kegirangan dah sampai Brinchang

Kami pilih deluxe room - RM140


Lepas letak barang dan park kereta.. Terus kami ke pasar malam. Perut dah lama menyanyi disebabkan balik kelas research tu, solat semua terus bertolak kan. Just dalam perjalanan makan roti sosej je |hahaha| Sempat lagi kami siapkan bekal tau. Sosej dibalut dengan roti.. Dalam tu ada sos cili dan mayonis. Nyummy! Boleh la buat alas perut. Sampai je kat pasar malam brinchang, serius ramai orang.. Memandangkan cuti kan, lepastu esoknya 15 syaaban dan tak lupa jugak esok hari wesak.. Memang macam semut orang mengunjungi pasar malam. Disebakan lapar, terpaksa la masuk jugak. Awal awal masuk pasar dah bau ayam goreng uncle bob, tak boleh jadi nih.. Kena beli jugak |hahaha| Malam tu, aku beli bakso - rm4.50, sotong celup tepung - rm10, jagung cawan - rm4... Tu pun dah berapa ringgit habis. Ayam goreng uncle bob tu aku beli jugak tapi share dengan nia |hohoho| Aku suka makanan goreng goreng dengan tepung kat sini. Best!! Untuk malam ni, kenyang giler perut (^___________^) ~ encik tunang siap perli, banyaknyee makan.


Malam tu lepas solat, terus tidur. Dua lapis jugak baju aku pakai. Aku selubung dengan selimut yang aku bawak lepastu selubung lagi dengan selimut hotel |hahaha| Tu pun still sejuk lagi tau. Lama lama aku terlena macam tu je. Kawan kawan yang lain pun sama. Dalam pukul 4 pagi tu aku terjaga, rasa macam panas tapi tak la peluh. Pelik pulak kenapa panas. Then try tidur balik. Terlena tapi macam tidur tidur ayam. Tak pukul 6 pagi lagi, sue dah bangun mandi.. Then solat. So aku pun ikut sekali la.. Dekat pukul 7 pagi tu kami dah bersiap siap sebab aktiviti menjelajah tempat tempat di cameron highland bermula pukul 8 pagi. Wuuuuhuuuuuuuu!!! Pukul 8 pagi, kami terus check out bilik dan terus naik ke tanah rata sebab nak p cameron valley vs nak tengok air terjun dalam ladang teh |hahaha| Tapi rasa macam dah panjang je entry kali ni, nanti aku sambung lagi ea untuk entry Backpackers 1 : Cameron Highland ** InsyaAllah :)


Okey la, Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan sakiti hati orang lain.. Nescaya hati anda juga akan disakiti. Sekian. Assalammualaikum semua :D

Wordless Wednesday #9




Siapa Tuhan kamu? ........... Allah


Siapa Guru kamu? .............. Rasulullah


Apa Pegangan Kamu? ............... Al Quran


Apakah Jalan Hidup kamu? ............. Jihad Fisabililah




*** La Tahzan by Heliza Helmi

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG

AK JOIN? KLIK SINI
Jom ramai ramai join?

 Good luck deh (^__________^) 

InsyaAllah ada rezeki iolls and uolls :)

Pencarian Bloglist June 2016

KLIK SINI


Assalammualaikum dan haiii. Jom join Pencarian Bloglist June 2016 by Aisyhah Nyais. Tarikh tamat pada 31 Mei 2016. Good luck! ^^

Tag : Beeha & Fieyqa

Tuesday 24 May 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Thursday 19 May 2016

GIVEAWAY BY NURRUL

GIVEAWAY Topup BY NURRUL #2


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Hadiah TOPUP : Topup RM30 2 Orang yang bertuah ! Topup RM10 2 Orang yang bertuah ! Topup RM5 2 Orang yang bertuah ! Meriahkan lagi giveaway Ke2 Nurrul dengan mengajak rakan-rakan anda.
TOPUP menanti anda yang bertuah ! :).

SEGMEN Jom Singgah #jmbelog #jemputan on list

JMBELOG

Assalammualaikum dan haiiii. Alhamdullilah. Hari ni kelas property management pukul 3, so bolehla buat lex buat peace |hohoho| Tadi baru siapkan banner first giveaway untuk kedua kalinya. Yang banner first buat tu macam sendu je gambarnya, so tukarla. Nak tengok? Nanti kiteee tunjuk okey. Giveaway ni start bulan Jun ni sampai Ogos. Lamakan. InsyaAllah. Hadiah pun menarik tau. Lepastu siap ada sponsor lagi. Alhamdulillah. Nanti ramai ramai join okey (^_________^)


Okey, berbalik kepada segmen blogger JM, beliau ada jemput untuk join SEGMEN Jom Singgah #jmbelog #jemputan on list dan ada dua soalan daripada beliau .....


Saya suka blog JM kerana blog beliau sangat simple dan input atau info blog adalah yang terkini ...... Dan saya tidak suka blog JM kerana..... Jujur tau ni. Actually tak ada apa apa pun yang tak suka. Suka singgah blog JM tapi tak tahu nak tinggalkan jejak dengan menulis apa |hahaha| Sorry T.T

Monday 16 May 2016

Segmen blogwalking hujung minggu by Ann

Assalamualaikum hii
LINK SINI

saya akan blogwalking blog semua yang join segmen ni selepas segmen ni tamat.
16/5/2016 - 20/5/2016

klik banner untuk join!!

Sunday 15 May 2016

1st Giveaway by Aura Queen

1st Giveaway by Aura Queen 

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.


*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN 


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG 

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html 

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Bau wangiannya yang segar 
- Kandungannya pekat dan menjimatkan 
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan 
- Memberi keyakinan diri 


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN 

- Mengatasi masalah keputihan 
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan 
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus ) 
- Menghilangkan kegatalan 
- Menganjalkan dan memelihara kulit 
- Menstabilkan PH vagina 
- Mencerahkan 
- Mengetatkan 
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid 

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih. 

Isi kandungan 100ml 

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

📞 014-9323212
📞 014-9323212
📞 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.


Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali )


TAMAT : 31/05/2016
UMUM PEMENANG : 01/06/2016


Saturday 14 May 2016

Iniblogke Preloved Novel Giveaway

KLIK SINI

Assalammualaikum dan haiii. 

Meh kite semua join giveaway nih.. 

Blogger mencari 2 orang pemenang bertuah. 

Ada dua buah buku iaitu Brazil dan Momen2 Matluthfi.. 

So aku pilih Momen2 Matluthfi.

 Ia berlangsung 14 Mei 2016 sehingga 31 Mei 2016  Good luck!

Segmen: Sayang Followers Elsa by Elsaalicious

JOM JOIN

Akan tamat pada bila bila masa sahaja. Jom ramai ramai join.. Ada hadiah special tau dari blogger Elsa kita ni. Good luck!

Birthday Giveaway by Wanaseoby.com

JOIN

Hadiah yang menarik untuk dimenangi untuk mereka yang bertuah. So tunggu apa lagi, jom ramai ramai join. Good luck!

Giveaway Spicy Ramen Challenge by Bajuwarnacoklat & Sponsor

JOIN

Jom ramai ramai support blogger Rrai kite nih. Hadiah best.. Ramen. Ala makan korea yang pedas gila tu. Pernah makan? Kalau nak free.. Meh join giveaway ni. Mana tahu ada rezeki ke kan? Alhamdulillah. Blogger mencari 10 orang pemenang untuk giveaway nihGiveaway berlangsung dari 12 Mei 2016 sehingga 2 Jun 2016. Good luck!

Tag : Satu dan Dua

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

NAK JOIN?

Assalammualaikum dan haiii! Jom join.. Blogger Sally sedang mencari 10 orang pemenang yang bertuah. Jom turut serta, mana tahu terselit rezeki. InsyaAllah. Tamat pada 20 Mei 2016 (11.59pm)

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

KLIK SINI
Lima orang blogger dicari untuk dimasukkan di dalam bloglist beliau. So jom join! 
Tamat pada 31 Mei 2016. 
Good luck!

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

KLIK SINI


Korang. Jom join ramai ramai |hihihi| Tarikh tutup 22 Mei 2016. Mean minggu depan. So good luck dan selamat bersegmen semua :)

Mini Giveaway by Hanis Masturina

KLIK SINI
Tag : Satu Dua dan Tiga  

Selamat bersegmen dan selamat maju jaya! 

Tarikh tutup : 27 Mei 2016!!

Sunday 8 May 2016

Journey 10 - Student's Life

Dr kesayangan no 3 dari kiri. Yang lain staff instun - baris hadapan


INSTUN [6 Mei 2016]

Assalammualaikum dan haiiii! Ke Instun pulak kita.. Ini adalah trip kedua untuk kami ap225 (3a) Alhamdulillah. Siapa tahu Instun tu stand for what? Kalau anda bijak bestari, apakah nama penuh instun? Instun ni terletak di tanjung malim. Krik. Krik. Krik. Dah dapat jawapan belum? Instun ini adalah Institut Tanah Dan Ukur Negara. Kalau nak pergi, Instun ni depan sikit dari upsi. Haa.. Itu je yang aku ingat |hohoho| Buat apa kita orang ke sini? Tujuan utama adalah untuk mengetahui penggunaan  aplikasi GIS dalan research atau kajian. Dr kesayangan dari subjek research methodology yang bawak kita orang ke sini. Thanks dr :D Walaupun pregnant pun, still gagah lagi. Terima kasih sangat sangat ^^


Taklimat tentang " Principles of GIS and Application in Research." oleh En Sulaiman bin Ahmad. Serius best sebab tu tak mengantuk. Kenapa tak mengantuk? Sebab beliau selalu tanya, " ada apa apa tak faham? tanya soalan, saya akan bagi hadiah." Lepastu kita orang pun sibuk cari soalan. Tak tahu nak tanya apa. Tapi bravo ap2253a sebab boleh tahan banyak jugak soalan korang tanya. Sampai tentang mh370 pun korang tanya. Mentang mentang GIS ni lebih kurang macam peta, nak tahu kedudukan semua. Hadoii -..-" Aku duk membebel tentang GIS ni, korang tahu tak apa tu GIS? Okey sekali lagi.. Krikk. Krikk. Krikk. GIS adalah Geografical Information System dan banyak lagi takrifan lain bergantung pada aplikasi dia. Ia adalah sistem maklumat yang berasaskan komputer [menginput, menyimpan, mengumpul, mengolah, menganalisis dan memaparkan data geografi dunia] Actually teknologi GIS ni, us dah guna 1000 tahun yang dulu. So imagine sekarang, mesti lagi berteknologi lagi sistem GIS dia.


Apa yang GIS boleh buat? Okey sistem ni ada spatial (reruang) dan satu lagi artibut. Apa spatial buat? Dia ada data roster - image gambar. Data vektor - data (80% atau lebih menggunakan autocard) Manakala artibut adalah sistem yang mempunyai titik, garisan dan poligon. Ini adalah berkaitan untuk kita mengkaji di mana kedudukan sesuatu tempat. Kiranya bila ada GIS ni kita mudah nak detect kedudukan sesuatu benda especially tanah ler. Satu lagi aku nak share berkenan dengan komponen GIS, ia adalah hardware, software, data, people dan method. Siapa guna GIS? Plus Berhad, JKR, Bomba, TNB, Telekom dan lain lain lagi. Salah satu kebaikan GIS adalah maklumat lebih terperinci, pulangan besar dan dapat selesaikan masalah geografi. Kepada sesiapa yang nak kenal lagi GIS lebih terperinci, bolehla ke Instun sebab Instun ada menawarkan kursus bagi sesiapa yang berminat. Boleh melawat SINI. good luck! (^_____^)



Hadiah dari pihak Instun. First tu, siapa yang tanya soalan je dapat. Disebabkan ada lebih, so semua dapat. Yeayyy!


Tabung Haji, Ipoh [7 Mei 2016]


Sumber - google



Hari seterusnya ke Tabung Haji, Ipoh pulak sebab site assignment untuk subjek investment dan property management di sini. Assignment insvement memerlukan 100,000 kaki persegi keluasan office untuk dijadikan case study dan assignment untuk subjek property management, dr lecturer suruh cari office building dan cari maklumat tentang insurance yang diguna pakai oleh property tersebut. Appointment dengan Tn Hj Nizam Fitri pada pukul 3 petang. Alhamdulillah, perbincangan berjalan selama dua jam dan kami dapat apa maklumat yang diperlukan. Terima kasih tn hj dan terima kasih tabung haji. Siap bukak akaun tabung haji lagi untuk kita orang. Tu yang best |huhuhu| Alhamdulillah. Selesai :) Kita orang tak pergi mana pun time kat ipoh just makan kt food court Aeon big Falim dan jalan jalan dalam tu je. Pergi pun dah lewat dalam pukul berapa.. 11 pagi jugak. Lebih lebih laa.. Selesai tu terus balik sebab nak rest, esok nak ke sungkai pulak, Family day estate management! ^^


Felda Residence Hot springs Sungai Klah [7 Mei 2016]


Family - ap2253a


Haaa.. Ini yang paling best |hahaha| Semalam course aku buat family day di hotsprings sungai klah. Alhamdulillah. Release tension katanya. Berendam dalam air panas, actually tak ada la panas sangat sangat cuma yang kat kolam rebus telur tu panas. Mana tidaknya telur pun boleh masak kan? Aku pergi tiga kolam je dalam tu.. First tu kolam air sejuk, yes, air dari gunung.. kedua kolam air sederhana panas, suam la.. dan ketiga kolam yang tempat rebus telur tu la.. Kolam ketiga ni, nampak air dia macam warna hijau. Berlumut. Okey, lumut tu boleh buat scrub dan sapu kat muka. Bagus untuk siapa yang ada resdung, jerawat, jeragat dan lain lain. Serius, aku buat macam mana pakcik tu cakap dan ada perubahan selepas basuh muka dengan air panas tersebut. Kulit lebih lembut. Bak kata encik tunang, setiap kejadian Allah.. Pasti ada kelebihannya.. Maksudnya kemujarapan dia tersendiri.


Kolam pertama - air gunung



Kolam kedua - air sederhana panas - google



Kolam air panas- scrub di sini - google


Kita orang bertolak dengan menaiki bas uitm di hatiku pagi tu dalam pukul 8 pagi. Dua buah bas untuk 78 orang kesemuaannya. Sampai tu dalam pukul 9.35 pagi. Sampai tu terus breakfast dan dimulakan dengan aktiviti sukan.. Lebih kurang macam sukaneka la. Aktiviti tu tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan selepas tu lunch. Then, aktiviti bebas. Aktiviti ni yang paling ditunggu tunggu. |hahaha| Best gler. So tunggu apa lagi, jom p mandi la :D Aku mandi sampai 2.30 petang tu je sebab malas nak berjemur lama lama takut nanti en tunang tak kenal pulak - dahla dah gelap, p berjemur lagi |wakaka| Pukul 3 petang tu salin pakaian semua.. Dalam 4.40 petang, gerak balik uitm semula. Semua dalam bas time dalam perjalanan balik tu, tidur kepenatan. Dalam penat penat pun, best jugak. Bayaran masuk untuk dewasa RM15. Yang lain aku tak perhati pulak sebab punya seronok nak masuk |hahahaha|


Sekali lagi - KAMI



Tak keluar lagi dari tempat tu, aku buang dah gelang nih. Haha


Okey, cukupla tu coretan untuk kali ini. Alhamdulillah. Orang kata, time macam ni la masa nak enjoy dengan kawan kawan. Nanti dah masing masing kerja, masing masing dah kahwin.. Memang susahla nak jumpa masing masing sebab dah ada commitment tersendiri. Betul kan? Enjoy your's life. Semoga degree's life ini membawa satu makna dan kegembiraan yang tersendiri. InsyaAllah. Walaupun, dalam life ni.. Ada je benda aku tak suka |hahaha| Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maaf untuk semuanya.. Assalammualaikum ^^

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)