Sunday, 31 January 2016

First Giveaway by KasihkuAmani

KLIK SINI

Jom join First Giveaway by KasihkuAmani nih. Rugi tak join. Mana la tahu anda anda semua ni bertuah untuk memenangi hadiah di atas. Jom join! Blogger Sis Sha  ni tengah cari empat orang yang bertuah. Giveaway  akan berakhir pada 10 February 2016. Good luck dan selamat bersegmen! :)

Segmen Bloglist by Cik Miela

SINI


Okey, jom join Segmen Bloglist by Cik Miela nih. Hadiah tu yang penting kalau ada rezeki. Betul tak? 1 x RM10 Topup + Bloglist selama 6 bulan & 10 x Bloglist selama 6 bulan. Siapa tu yang bertuah? Mungkin anda? Jom join ramai ramai untuk memeriahkan segmen beliau :D Syarat syarat pun tak susah, boleh tengok SINI. Selamat bersegmen semua! (^______^)

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL

JOM JOIN!

Assalammualaikum dan haii! :) Petang ni baru ada masa nak berblogwalking dan update entry serta nak join segmen yang dah lama aku booked. Alhamdulillah. Bukan apa, line intenet suka betol cari pasal dengan aku, sebab tu aku lagi suka blogging malam malam. Sebab line tu, boleh la laju jugak berbanding siang. Dahla, malas nak membebel, nanti korang bosan! Fine. |hahaha|


Apakah memori anda yang paling bahagia pada tahun lepas?


Serius nak tahu nih? |hahaha| Disebabkan aku suka berjalan jalan, so memori yang paling bahagia sekali mestilah jalan jalan. 12 September 2015, untuk kali keduanya aku jejak kaki ke Perlis Indera Kayangan :D Aku ada ceritakan DI SINI Serius memang best bila jelajah negeri ni, betul negeri ni kecik dan berhutan tebal tak payah cerita la. Tapi disebabkan aku ni jenis pecinta alam sekitar, cewahhh! pecinta alam sekitar la sangat kan |hohoho| So i love it! :D


Time pergi tu pun baru lepas hantar report praktikal, memang heaven la.. Rasa macam satu batu yang besar aku dah campakkan dari atas bahu aku nih. Boleh imagine kan? Sampai je sana, first tu tengok sungai.. Waaa tenang betul air sungai mengalir.Tengok pokok pokok, damai je rasa. Tengok gua, sehinggit je pun kena bayar untuk masuk. Bertambah tambah bahagia rasa. Dah la pergi perlis ni orang belanja. Kita hulur duit minyak, dia tak nak. Gentle la konon konannya kan. Rasa macam tak nak lupa je memori ni. Serius, macam nak terus kenang je! |hahahaha| Poyo la, sudah sudah! So aku belanja satu gambar untuk korang! (^_______^)


Jom Jelajah Negeri Perlis!


Due Date : 10 February 2016
Selamat berblogwalking!
dan
Selamat Bersegmen!

Tag : Cik Hani

Thursday, 28 January 2016

Attention Please



SUMBER


Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, 

bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, 

pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, 

memaafkan walaupun bukan salah sendiri, 

menerima kekurangan dengan senyuman, 

menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, 

berdiri, berlari silap hari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk. 

Dinding pun nampak macam tilam, 

saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, 

sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umur setahun walaupun tengah penat sebakul,

 tidur walaupun mata masih segar bugar, 

tersenyum walaupun tengah moody, 

sedia basuh atau gosok pakaian berdouble double

dulu hanya double

rela bancuh air bukan untuk satu mug tapi dua mug

masih tersenyum walaupun bukan salah sendiri

kuat untuk hadapi

susah sama susah dan senang sama senang


dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.



Walaupun bukan setiap hari begini, 

tapi itulah perumpamaan perkahwinan, 

commitment lelaki mahupun perempuan.. 


jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini?

 just prepare.




Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu...




***psst : Peringatan untuk diri sendiri yang belum berkahwin ni 

Wednesday, 27 January 2016

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA

KLIK SINI 
Untuk mengetahui syarat syarat penyertaan, boleh KLIK SINI, terma dan syarat adalah sangat sangat mudah. So tunggu apa lagi, jom join reramai!


Selamat bersegmen!

Tarikh tutup : 29 Januari 2016

Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL


CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :)

This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI. 

Tapi kalau ramai yang join mungkin  jumlah yang bertuah akan berubah. hehe. 


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1.  buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL" 


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal

Emoticon 4.follow ig Farahdeena Shopholic


Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai 
SmileySmileySmileySmiley


Segmen Bersama Leya Yeolly

KLIK SINI


Hai orang kampung semua, ni ada berita gumbira Anis nak kabo, kepada sesiapa yang nak template free, boleh join Segmen Bersama Leya Yeolly ni, insyaAllah.. Ada rezeki, boleh bertukar wajah baru blog anda semua. Tak pun dapat masuk dalam bloglist beliau pun dah okey :)


Mangsa tag : Fieyqa dan Nurnbla Eila


Yang lain pun, boleh je join. Jom meramaikan dan kita support Cikk Leya Yeolly kita nih!

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH

KLIK SINI


Jom ramai ramai kita support Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH. Ia bermula pada 25 Januari 2015 sehingga 8 Februari 2016. Lama lagi tu dan masih ada masa lagi. Mai la join sekali :)


Selamat bersegmen semua!!

Jom Tambah Kawan BLOGGER !!!

JOM JOIN!

Selamat Bersegmen!
Selamat Berblogwalking!


Tarikh Tamat : 31 Januari 2016

PENCARIAN MEGA BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS

KLIK SINI UNTUK JOIN!

Assalammualaikum dan haiii semua :) Jom kita support segmen PENCARIAN MEGA BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS. Nanti boleh blogwalking dan kenal kenal dengan kawan kawan baru. Mesti best kan? Kepada mereka mereka yang bertuah tu, penganjur kita ni janji akan bloglistkan nama di blog beliau selama dua bulan atau berapa lama yang beliau nak. Haaa.. Tu lagi best! Jom join.


Mangsa TAG : Satu Dua Tiga

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER # ROUND 2



Assalammualaikum dan haiii :) Anis tersenarai lagi untuk SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER # ROUND 2 yang dianjurkan oleh blogger JM. Serius kena study sikit tentang blogger JM ni sebab nak jawab soalan beliau |heee| Kira soalan pun macam mencabar jugakla sebab Anis mula aktif dalam blog ni pun baru baru ni je. By the way, Anis cuba okey. 


1. Nama penuh JM adalah Jamil Bin Hashim dan di lahirkan di Kedah Darul Aman. Negeri jelapang padi tu :) Daripada maklumat yang Anis dapat, JM tinggal di Karangan, Kedah dan pernah menimba ilmu di SMK Lubuk Buntar. JM amat dikenali DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI.


2. Negeri kelahiran JM adalah di Kedah Darul Aman [hijau kuning negeriku]


3. Tarikh kelahiran JM, maaf sebab Anis tidak pasti tetapi dilahirkan pada tahun 1984.


4. JM berblog sejak Januari tahun 2013, tu pun Anis tengok dekat blog JM. First JM buat entry, pada 01 Januari, ada empat entry yang JM updated. So JM sudah berkecimpung dalam dunia blogging selama tiga tahun dah. Muda lagi la nih? Tapi pengalaman JM dalam blogging ni mesti dah banyak kan :D


5. Pada pendapat Anis tentang perwatakan JM, JM mudah menerima kritikan dan pandangan orang lain dengan hati terbuka. JM terima dengan positif. Alhamdulillah. Sikap ini dapat dilihat time JM buat Segmen Jom Tambah Follower Round 1 di mana JM mintak pendapat orang lain tentang blog JM. Selain tu, entri yang JM update memang berinformasi contohnya macam bab agama, bab kehidupan dan bab kemasyaratan dan  ia boleh diterima umum. Tidak hairanla blog JM semakin hari semakin bertambah follower :) Di samping itu, JM jugak rajin buat segmen, ini juga menyumbang kepada peningkatan follower JM sendiri dan blog blogger lain termasuk Anis. Terima kasih JM sebab menganjurkan segmen segmen yang bermanfaat kepada semua. Okey, maaf di atas segala khilaf dalam menjawab soalan JM. Semoga JM terus berjaya dalam dunia berblogging ni. Assalammualaikum :)

Tuesday, 26 January 2016

selamat membesar!




Actually, aku mempunyai ramai sepupu lelaki berbanding sepupu perempuan sebab tu aku rapat sangat dengan qilah, dia anak sulung kepada makndak aku, makndak adalah adik kepada puan ibu. Kami memang rapat dari kecik yakni zaman hingusan. Zaman memanjat pokok belimbing tanpa segan silunya. Aku pakai skirt pun, boleh lagi panjat pokok tu ha. Pedulik hapa aku. Dengan sepupu lelaki, bila dah semakin anak dara ni, tak ada la rapat mana pun. Malu! Rasanya mereka lagi malu dengan aku |hahahaha| ;/


So sebagai sepupu yang prihatin dan mengambil berat, kenalah ingat birthday mereka. Yang ada kat facebook tu senanglah nak ingat. Kalau yang siap hide bagai birthday kat facebook, memang jenuh jugaklah aku nak ingat. Kalau qilah tu, memang dah set dalam kepala 23 september, kalau bahtiar, dalam bulan 12.. Tak apa, dalam facebook ada tulis. Kalau mi dan shuhada memang sama bulan dengan aku. Habis, wan, hakim, haris, irfan.. bla.. bla.. bla.. Macam mana? Pandai pandai la Anis (*_______*)


By the way, syukur dikurnai ramai sepupu yang seangkatan umurnya. Lahir sama sama. Membesar sama sama dan insyaAllah, gerenti kahwin lepas ni berderet je |hahaha| Tahun ni, dua orang atau tiga orang sepupu akan melangkah ke fasa perkahwinan. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Ohh yee.. Semua lelaki. Dah kata kan tadi, sepupu aku rmai lelaki :D


Happy bornday sepupu merangkap I punya sepupu sampai bila bila :) May Allah bless you throughout your entire journey of life. Im grateful for having you as my cousin. You have been such a great cousin, a great bodyguard, a great listener, wish you a blessed and a good one & easy to get married with who you love. Can't wait for my future cousin. Thank you!                                   

Monday, 25 January 2016

SEGMEN : "JOM SOLAT"

KLIK SINI

Assalammualaikum dan haiii semua. Yes! Nak join pulak SEGMEN : "JOM SOLAT" by Cik Yanie. Kepada sesiapa yang berminat untuk join, boleh KLIK SINI yang kat atas tu. Hadiah pun lumayan dan best. Semoga rezeki Anis dan kawan kawan yang lain ada kat situ la ye. InsyaAllah :) 


Okey dalam segmen ni Cik Yanie ada suruh untuk senarai lima atau lebih solat solat sunat yang Anis tahu. Anis try :


1. Sunat Rawatib
Ini adalah solat sunat mengiring solat fardu. Ia terdapat dua jenis iaitu solat sunat Qabliyah dan solat sunat Ba'diyyah. Bagi solat sunat Qabliyah, ia dikerjakan dua rakaat sebelum solat subuh, dua rakaat sebelum solat zuhur, dua atau empat rakaat sebelum solat asar dan dua rakaat sebelum solat isya'. Manakala solat sunat ba'diyyah dikerjakan dua atau empat rakaat selepas solat zuhur, dua rakaat selepas solat maghrib dan dua rakaat selepas solat isya'


2. Sunat Dhuha
Dilakukan sekurang kurangnya dua rakaat dan sebanyak banyaknya dua belas rakaat (enam salam) Ia dikerjakan pada waktu pagi ketika matahari baru naik sekadar satu galah tingginya. Solat sunat ini adalah untuk menambahkan dan meluaskan rezeki daripada Allah.


3. Sunat Khusuf (Gerhana)
Solat dilakukan ketika terjadi gerhana matahari atau bulan. Ia mempunyai dua rakaat. Selalunya kalau gerhana bulan, orang lakukan selepas solat maghrib.


4. Sunat Mutlaq
Solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya. Ia juga tidak membataskan jumlah rakaatnya.


5. Sunat Taubat
Ia dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah, kemudian menyesali atas perbuatan tersebut dan ingin kembali ke jalan Allah yakni bertaubat.


6. Sunat Musafir
Dilakukan sebelum seseorang keluar bermusafir. Mempunyai dua rakaat. Sunat keluar bermusafir pada hari Khamis dan membawa teman. 


*** Mengerjakan solat sunat, dapat meraih ganjaran pahala yang sangat besar disamping untuk kita tampung tampung pahala dari solat wajib. Rasulullah menganjurkan pelbagai jenis solat sunat kerana baginda juga mengamalkannya. Jom kita amalkan :D


Semoga bermanfaat!

dan

Selamat bersegmen!

Im from kedah darul aman!





Assalammualaikum dan haiii semua :) Gumbiranya dalam hati sebab sebab sebab dapat free bannar dari segmen awak orang mana yang direka khas dengan penuh kasih sayang oleh blogger Rrai. Thanks a lot Rrai. Cantik, cute, nice.. Semua ada. Alhamdulillah. Rezeki. Okey, Anis berasal dari Kedah! Siapa orang Kedah dekat sini? Atau Jiran kami? Perak, Perlis atau Penang? |Heeee| (^___^)


Kepada sesiapa yang join segmen awak orang mana yang dianjurkan oleh Rrai, boleh BUKAK SINI untuk tebus banner yang anda dapat tu, comel tahu tak. Selain kreatif dalam buat banner ni, Rrai pun ada terima tempahan untuk buat template. So sesiapa yang nak merasai kekreatifan jari jemari Rrai boleh jenguk blog beliau. Rajin sikit! |huhuhu| (^______*)


Tadi singgah jugak blog blogger lain yang joined segmen yang sama ni, cantik cantik mereka punya banner. Ada warna biru, ada warna purple, ada warna keemasan, ada warna hijau dan macam macam warna lagi la. Serius cantik. So rugi tau kepada sesiapa yang tak join haritu |hihihi| Jahatnya la haku ni. Mengdengki orang je tahu. Okey la, Saja nak dengki dengki :P


*** Ohh ye, terlupa nak bagitahu. Perhatian. Perhatian. Perhatian. Rrai ada bukak permohonan. Permohonan pun boleh. |hahahaha| Kepada sesiapa yang nak suruh Rrai edit blog dia secara percuma, boleh buat permohonan kat SINI. Beliau akan pilih seorang yang bertuah untuk diedit blog secara percuma. Beliau akan edit full dalam blog tu. Try la buat permohonan selagi belum ditutup! :D


*** Promote sikit, blog Anis ni pun Rrai jugak yang edit. Sangat berpuas hati dan tidak mengecewakan. Seriously :)

Sunday, 24 January 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

KLIK SINI
Assalammualaikum dan haiii. Untuk harini aku nak ajak korang ramai ramai join 
SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016 yang dianjurkan oleh 


Tamat : 30 Jan 2016 pukul 5.00 petang. 
Selamat bersegmen! :D

Saturday, 23 January 2016

Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi

KLIK SINI UNTUK JOIN!

Syarat penyertaan adalah sangat mudah . . 

Cuma 

follow blog Mawar Assufi

Like D' Coklat Dessa  di Instagram 

dan 

Buat entry berbunyik " Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi "

serta

cerita serba sedikit tentang Impian Dalam Hidup yang Ingin Anda Capai Dalam Tahun 2016 Ini.


Impian dalam hidup yang ingin Anis capai dalam tahun 2016 ini adalah, InsyaAllah Anis nak sambung ijazah dalam bidang pengurusan hartanah. Anis hanya merancang, Andai Allah izinkan, maka dengan itu, tercapaila impian tersebut. Bila dapat sambung ijazah, Anis tak akan persiakan ia, Anis cuba untuk belajar bersungguh sungguh untuk mendapatkan result setiap semester yang sangat cantik ^^ Hasil time diploma sudah, rasanya cukup menyinar, Rasa je |hohoho| kini tunggu hasil dari ijazah pulak. Mohon doa kalian semua untuk masa depan Anis :) Dan tidak lupa jugak untuk Mawar Assufi, terima kasih kerana menganjurkan segmen nih. Wish luck untuk awak juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan awak (^________^)


Selamat besegmen semua!

TAG : SATU DUA TIGA EMPAT LIMA

Cerita 18 Januari 2016




Alahai sepupu. Haritu bukan main tanya birthday bila? Dah kabo dah ke kamu 16 Januari. Bila sampai bulan Januari, boleh pulak cakap birthday aku 17 Januari. Hadoii. Aku siap warning jangan wish 17 Januari. Then, bila dah tiba 16 Januari, boleh pulak dia tak wish. Dia wish 18 Januari. Hambikk kau! Stress makk nakkk ooiii. Sekali bagi terus dua video kat whatsapp. Salah satu video yang aku tepek kat atas tu :/


Tak tahu la kenapa dia jadi macam tu? Stress sebab kerja kot. Tapi kenapa dia tak skodeng facebook aku je? Banyak pulak persoalan aku kan? Aku pun tak pasti la. Tapi tak apa la, wish jugak kan walau lambat dua hari tapi mana tahu kalau dia sengaja nak wish lambat. Haishhh. Aku tanya aku jawab. Habis tu dah korang senyap je, aku jawab la |hihihi|


Tapi tahun ni punya birthday sedih jugakla |hahaha| Sedih pun boleh gelak besar. Tak tahu la nak explain macam mana tapi 50/50 ada sedih, ada gembira. Yang paling touching gila encik tunang lambat wish. Dia lupa 12 tengah malam dah bermula tarikh baru [16 Januari] |kahkahkah| Aku first tu berlagak cool tapi sampai ke sudah tak wish. Sabar je la 2016. Dah besar kan. Dah matang kan. Redha.


Berapa minit je pun dia lupa sebab aku ingatkan dia balik bila dah masuk tarikh baru tu. Lepastu berkali kali mintak maaf |hehehe| Tau pun nak serba salah. Aishhh 2016, awal tahun kau dah cipta kenangan kan buat aku. Terima kasih!^^

Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2

KLIK SINI

Jom ramai ramai join Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2
Selamat berblogwalking 
dan 
selamat bersegmen!

Friday, 22 January 2016

BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

JOIN

1. Follow blogger AYUINSYIRAH
2. Taip tajuk : BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH
3, Tepek banner comel nih kat entry dan link kan ia
4. Option : Nak tag kawan atau tidak. Terpulang
5. Komen

Tempoh : 22 Januari 2016 hingga 12 Februari 2016 [10 malam]


*** Jom kita memeriahkan blog Tinta Pena Naura. Selamat bersegmen dan selamat berblogwalking :)

Cuba Dulu Baru Tahu

order dekat sini
Assalammualaikum semua dan haiii :) Harini nak kongsi sikit tentang barang yang baru aku order dekat Printcious ni. Baru je order tengah malam tadi, ehh silap.. Tengah pagi tadi. Tapi tak bayar pun lagi. InsyaAllah, esok aku buat payment :)


Sebenarnya, ni baru first time aku order kat Printcoius, sebelum ni aku tak tahu pun benda alah ni wujud. Aku tahu pun melalui blogger Aleiya Mustaffa, beliau ada beli something kat situ. Bila aku tengok beliau beli, macam yakin je nak try. Lagipun, tengok hasil beliannya pun, serius memang cantik. Kalau nak tahu beliau beli apa, apa kata.. Korang terjah je blog beliau yaya yukiSo thanks a lot to blogger Aleiya kerana memperkenalkan laman web ini kepada ku, senang nak cari hadiah bagai. Lepastu Printcious sekarang ni tengah buat discount 20% untuk ceramic tiles yang macam aku beli ni. So mudahla kan (*____^)


Oleh itu, sesiapa yang berminat nak beli hadiah untuk parents, family, kawan kawan atau untuk sesiapa la, boleh je ke laman sesawang Printcious. Pilih je nak yang mana satu, tapi siap duit je la lepastu |hahaha| Mesti bila korang tengok barang barang dalam tu mata korang jadi rambang. Percaya! Antara barang yang ditawarkan oleh Printcious adalah mugs, tshirt, phone cases, cushion, puzzle, ceramic tiles, mousepad dan macam macam lagi la (^______^)


Okeyla, nak kongsi tu je. Nanti bila barang tu dah sampai, aku update lagi okey :D Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Encik abah dan puan ibu serta jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan lupa tau. Asslammualaikum :*

Segmen Blogwalking + Bloglist #2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)


Jom reramai kita join Segmen Blogwalking + Bloglist #2 ni. Kita ramai ramai memeriahkan segmen nih. Dengan segmen ni jugak kita boleh tambah kenalan baru. Ye dak? So tunggu apa lagi? Mai la join sekali :D

Saguhati kepada yang bertuah
10 blog akan dimasukkan ke dalam bloglist 1 - 29 Febuari 2016


Tamat : 31 Januari 2016 [6.00pm]

Selamat berblogwalking dan selamat bersegemen!

Thursday, 21 January 2016

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016

KLIK SINI
Syarat yang mudah dan senang [Like. Share. Follow] untuk join Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016. 5 hadiah misteri menanti yang dipilih secara  random. Segmen ini berlangsung selama 2 minggu [19 Jan 2016 - 2 Feb 2016] tepat 12 tengah malam. Jangan lepaskan peluang okey. Selamat bersegmen semua! :)

20jan2016



Kadang kadang
Aku memerlukan masa untuk aku
Kadang kadang
Aku memerlukan diri aku untuk aku
Bukan diri aku untuk orang lain

Kadang kadang
Aku perlu melangkah tanpa memikirkan
Kamu
Dia
Kau

Jaga hati orang
Makan hati sendiri
Belai hati orang
Tusuk hati sendiri
Cemerlang hidup kau. Bravo

Kadang kadang
Aku fikir aku yang salah
Orang yang betul betul salah
Hati batu
Kerikil + keras yang amat

Sekian.

Wednesday, 20 January 2016

Cara Menjaga Anak Kucing Yang Baru Lahir

9 Januari 2016 [sepet.boy.mona]

Assalammualaikum semua :) Harini dengan gumbiranya, aku nak share sikit tentang penjagaan baby kucing memandangkan dalam rumah aku ni dah ada tiga ekor baby kucing. Seronok! :D Dah dua minggu lebih dah wahcikk lahirkan baby baby yang comel tu. Serius, geram! Lagi lagi bila dia celik mata, rasa macam nak gigit je muka bulat macam doremon dia tuh. Disebabkan dah ada baby kucing, aku ada study sikit la tentang penjagaan baby kucing ni. So aku nak share info sikit dengan penggemar kucing macam aku (^_____*)


tips satu
Dalam usia empat minggu selepas dilahirkan, baby kucing amat memerlukan ibunya, kalau ibunya sakit ke, tak nak bagi susu kat baby ke atau mati, kita sebagai penjaga boleh carry tugas sebagai ibu kucing. Gituu. Selepas kelahiran, baby kucing akan mengalami hiportermia dan mudah menggigil kesejukan. So kita guna deria sentuhan untuk mendapatkan kepastian.

tips dua
Pastikan baby kucing tidak mengalami kekeringan atau dehydration. Macam mana nak tahu dia kekeringan atau dehydration? Cuba tarik dan cubit dengan lembut kulit belakang leher baby kucing, lepaskan kulit tersebut. Jika ia cepat kembali ke bentuk asal bermakna baby kucing tidak mengalami dehydration tetapi jika ia mengambil masa selama satu saat untuk kembali normal bermakna baby kucing mengalami dehydration. So ia perlu dibawa berjumpa dengan dokter haiwan atau didihkan 2 cawan air, masukkan 5 sudu kecil gula, 1/4 sudu kecil garam dan kacau sehingga larut. Masukkan di dalam peti sejuk. Apabila larutan tersebut menjadi suam, boleh diberi minum 1-1.5ml setiap 30 minit dengan menggunakan picagari atau bekas botol ubat mata atau botol khas sehingga baby kucing membuang air.

tips tiga
Semakin hari baby kucing semakin sihat, boleh dah bagi minum susu. Elakkan dari memberi susu lembu ye, cari susu yang bersesuaian seperti Milkodog dan beri ia minum dua jam sekali. Jika tiada susu tersebut boleh beri susu gantian seperti [4 cawan air masak, 1/2 sudu teh baking soda, 1/2 sudu teh garam, 2 sudu besar gula atau madu] ATAU [2 sudu besar susu sejat, 2 sudu besar air, 3 sudu besar yogurt biasa, 3 bijik kuning telur] Lebihan susu boleh disimpan di dalam peti sejuk dan perlu dipanaskan apabila mahu diberi minum kepada baby kucing.

Apabila hendak memberi minum susu kepada baby kucing, perlu diingatkan supaya tidak membaringkannya ke belakang  seperti bayi untuk mengelakkan tersedak atau lemas kerana susu masuk ke dalam paru paru. Just baringkan ia pada dadanya, dudukan atau tegakkannya. 

tips empat
Setelah kenyang meminum susu, sedawakan baby kucing anda dengan membaringkannya di bahu dan tepuk perlahan lahan belakangnya sehingga ia sendawa. Comel kan? Macam baby manusia pulak. |Hihihi|

tips lima
Sediakan tempat tidur yang selesa buatnya. Carila kotak kecik kecik macam kotak kasut ke, kotak tepung ke yang sesuai. Aku hentam kotak serbuk kari Babas tu ha. Tu sebenarnya kotak aku rembat dekat dewan makan sebab nak letak nota dan buku time cuti semester haritu. Dah dapat kotak, alas bawah tu dengan surat khabar dan atasnya dengan kain atau tuala lama. kalau bole, biar banyak sikit kain sebab nak elak baby kucing dari kesejukan. Kalau rajin dan caring, cari stoking lama dan gunting di bahagian tengah, ia boleh dijadikan selimut buat baby kucing.

tips enam
Baby kucing masih tidak boleh membuang air kecil dan air besar dalam usia sebelum tiga minggu. So apa yang perlu buat? Usap perutnya dari atas ke bawah untuk membantu proses perkumuhan atau usap dengan merangsang alat sulitya dari belakang ke hadapan selama sepuluh minit atau sehingga dia melepaskan hajat dengan menggunakn kain, tisu, kapas, bebola kapas. Nampak macam geli tapi percaya la, baby kucing tu berak dan kencing.. Sikit je pun |huuuu|

tips tujuh
Apabila berusia empat minggu hingga enam minggu, dah boleh bagi makanan separa pepejal seperti tuna ke. Kan ada kan yang makanan kucing dalam peket tu, isi ikan dipotong potong siap dengan kuah lagi. Ha, bagi baby kucing makan yang tu. Nyummy! Tapi perlu diingatkan, jangala tuang makanan penuh penuh dalam bekas makanan tu, tuang separuh sahaja sebab baby kucing tak makan banyak tapi ia makan kerap.

tips lapan
Jika anda tidak berupaya untuk menjaga baby kucing, mungkin takut. Mungkin tak ada masa. Mungkin ada alahan dengan bulu kucing atau sebagainya, boleh je hantar ke pusat penjagaan haiwan seperti SPCA [Society for the Prevention of Cruelty to Animals] habis cerita!


susu untuk baby kucing

*** Sila cuci tangan sebelum memegang baby kucing kerana ia mudah dijangkiti penyakit. Segala peralatan seperti botol susu, picagari mesti direndam dengan air didih bertujuan untuk dinyah kuman.

*** Baby kucing masih bertali pusat dalam usia tiga hari

*** Baby kucing akan membuka mata pada usia lapan hingga sepuluh hari

*** Pendengarannya berfungsi pada usia lima hari

*** Baby kucing akan bergerak ke arah suara pada usia empat belas hari

*** Pada usia tujuh belas hari, ia dah boleh bergerak dengan menggunakan empat kakinya

*** Pada usia satu bulan, ia dah boleh menyesuaikan diri dengan cahaya, suara dan bau

*** Info diperoleh dari  SINI dan SINI

Tuesday, 19 January 2016

Segmen Blogwalking By Nurnbla (January)

KLIK SINI

Asslammmualaikum semua. Jom reramai join Segmen Blogwalking by Nurnbla. So siapa akan jadi mangsa Anis? Maafla ye? Hee. Anis nak tag Sis Aida dan adik Syaza Raihanah. Harap sudi join :*
Selamat bersegmen!

Segmen Bloglisted by Misya 2016

KILK SINI
Jom sama sama join untuk memeriahkan Segmen : Bloglisted By Misya 2016. Dua orang blogger yang bertuah akan dipilih untuk di review. Selamat berjaya dan Selamat bersegmen ye :D

Monday, 18 January 2016

Turn to twenty four . . .


Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah, harini dah 24 tahun dua hari dah usiaku. Syukur Allah beri peluang lagi untuk aku bernafas di atas bumi yang serba indah ini. Syukur lagi sekali. Untuk umur 23 tahun yang lepas, syukur kerana aku dapat kecapi dan capai apa yang aku mahu terutamanya di dalam bidang pembelajaran. Yang tak dapat capai tu, forward la pada umur 24 tahun ni, apa susah? |hahaha| Tahun lepas jugak, ramai dah kawan aku kahwin. Wow, beronok ronok la kan, tahun ni tahun mereka dapat anak pulak. InsyaAllah (^______^)


Tahun ni, birthday disambut dengan penuh kesederhanaan, maklumla dah besar.. Tua bangka dah pun. Tepat pukul 12 tengah malam tu, masturah aka adik aku bagi durian crepe dan wish "happy birthday!" Alololo.. sweetnye la adik aku ni. Durian crepe sebijik pun jadila sebab bulan 12 haritu dia dah buat surprise untuk birthday aku, ada la sebijik kek cheese leleh perasa vanilla.. Lepastu puan ibu masak mee bandung dan ada pemanis mulut sagu + gula merah. Sedap!! :D


Lepastu, malam birthday tu, family ajak makan nasi bersama ikan bakar di Tanjung Dawai. Memang seronokla kan. Kononya, ini adalah sambutan hari lahir untuk aku dan zulaikha. Buat untuk dua orang sekaligus. Alhamdulillah di kurnai family yang sangat mengambil berat dan sweet gitu. Ada kenangan bersama sama (^______*)


Okey, di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh keramat dalam hidup aku. Tak kesah pun siapa wish awal dan siapa wish lambat. Janji wish |hohoho| Yang penting, doa kalian tu amat bermakna bagi aku. Tak ada hadiah pun tak apa dan tak ada kek pun aku tak kesah |huuu| Benda tu kalau aku nak dan kalau aku tersaa nak makan, aku boleh beli sendiri. Jadila "happy birthday to me and from me"  :D


Dah, cukup. Jaga hubungan dengan Allah, Jaga solat. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah akan lurus kehidupan anda semua :)


Terima kasih daun keladi <3

* Family [encik abah & puan ibu, adik adik, sepupu sepapat]
* Family satu lagi
* Encik Tunang
* BFF
* Sahabat
* Kawan kawan


*** Lain orang lain cerita hidupnya, yang penting bersyukur apa yang kita ada. Kadang apa yang kita ada, orang lain tak ada. So bersyukurla!

Sunday, 17 January 2016

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

JOM JOIN



Assalammualaikum dan hai :) Jom join GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle pulak |hehehe| mengikut syarat untuk join giveaway ni kena nyatakan penambahbaikan blog Mezquitalifestyle. Sejujurnya dan seikhlasnya, Anis rasa blog Mezquitalifestyle dah cantik dan kemas :) Latar belakang plain putih dan digabungkan dengan warna pink. Memang gabungan warna yang menarik. Pengisian dan perkongsian di dalam blog pun mudah difahami dan padat dengan ilmu. Bagi Anis, dah okey sangat. Cikk Fieyqa, jom join! |hehehe| Bukan Fieyqa je, yang lain pun.. Jom join, klik JOM JOIN kat atas tu (O_______o)

Blog Award 2016 By Hanah

KLIK SINI

Assalammualaikum semua :) Segmen ni Anis telah di tag oleh Miss Eila 20 jam yang lepas. Terima kasih Miss Eila. So Anis join ;) Untuk memeriahkan lagi Segmen Blog Award 2016 by Hanah, Anis nak tag dua orang blogger yang cantik manis iaitu Nur Fitri dan Farahain ZFA. Harap sudi join :) Selamat berjaya :D

Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

Jom Join. KLIK SINI

Assalammualaikum semua dah Haiii :) Petang ni  Anis nak join Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby pulak. Anis di tag oleh Fieyqa Adelova. Okey, thanks Fieyqa :) Sama sama kita join dan memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh Si Chubby. Serius, soalan yang mencabar |hahaha| sebab rasa macam tak ada impian je. Kalau ada pun, rasa macam.. Macam.. Macam macam. Ni nak menaip pun, ambil masa dua hari untuk fikir apakah impian haku nih? Ke haku nih banyak sangat impian? |hohoho|


Apa impian korang yang sebenarnya? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu? Kalau tidak tercapai, apa korang akan lakukan?


Impian sebenar aku adalah ingin menjadi seorang Register Valuer [Penilai Berdaftar] InsyaAllah. Aku rasa itula takdirnya sebab aku belajar tentang Hartanah ni sejak dari umur 18 tahun lagi di INSPEN [Institut Penilaian Negara] Time tu ambil sijil. Kenapa tak terus ambil diploma je? Sebab aku perasan dengan result spm aku tu, aku boleh dapat kos yang lebih baik dari hartanah |hahaha| So, sedihnya tak dapat pun sambung diploma. Inspen ni pun, encik abah yang mohonkan tau.. Time tu aku sambung form 6, sekarang dah dipanggil pra u. Lepas dapat penggilan Inspen ni, memang aku tak nak pergi sebab aku dah selesa dengan form 6 tapi disebabkan encik abah merajuk, so aku terpaksa la mendaftarkan diri di Inspen. Aku redha jika itu takdir aku. Belajar tentang penilaian hartanah, Alhamdulillah aku semakin minat dalam bidang ni hari demi hari. Oleh itu, aku tanamkan azam dan impian dalam diri aku yang aku nak jadi register valuer suatu hari nanti. Kalau dah register valuer, permulaan nama boleh letak Sr [Sr Anis Khalilah] InsyaAllah (^_______^)


Nak jadi register valuer ni mesti kena ada degree la kan, terutamanya dalam kos estate management dan kena daftar dengan BOVEA [Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia] Bila dah daftar, board akan bagi ujian, tiga ujian, tak silap aku la |hahahaha. Hancuss student estate management macam aku nih| Ujian dia tu, kena buat macam buku log, assignment and interview. Yang penting kena lulus semua tu, baru boleh jadi penilai berdaftar. Lecturer aku pesan, lepas habis degree better terus daftar dengan board untuk jadi penilai berdaftar, nanti tak rugi masa dan umur. InsyAllah, aku akan try ikut nasihat lecturer kesayangan tuh (^_______*)


Sekarang ni pun aku tengah berusaha untuk dapatkan title Sr tu, 29/1/2016 ni.. InsyaAllah, permohonan degree ke UiTM akan diumumkan, harap harap ada rezeki aku di situ untuk aku menggapai impian aku nih. Amin. Satu demi satu langkah aku akan mendaki kerana satu impian dan satu cita cita ini. InsyaAllah, aku akan terus melangkah demi satu impian ini. Di samping terus melangkah ke hadapan, pointer setiap semester perlu dijaga dengan rapi untuk mencapai impian ini juga (O_______O)


Andai tidak tercapai, apa yang aku akan lakukan? InsyaAllah, aku akan terus usaha untuk mencapai impian itu walaupun susah dan payah sekali pun. Andai tersilap langkah dan aku kecundang, aku akan mulakan langkah baru untuk capai impian aku yang satu nih! Cuba dan terus cuba. insyaAllah (*_______*)


*** Buat mereka mereka yang tak tahu penilai tu apa? Meh nak bagitahu, Penilai adalah satu kerjaya yang berkaitan dengan Hartanah. Kerjaya ini adalah penilai akan menilai sesebuah tanah atau rumah dengan harga yang mengikut nilai semasa. Penilai ni akan memberi harga mengikut pengalaman dan mengikut apa yang dia tahu. BTW peranan penilai didalam bidang pencukaian juga amat amat penting. I love valuer very much! Terima kasih.


Tagnumbla dan Asha Lya



Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)