Sunday 8 May 2016

Journey 10 - Student's Life

Dr kesayangan no 3 dari kiri. Yang lain staff instun - baris hadapan


INSTUN [6 Mei 2016]

Assalammualaikum dan haiiii! Ke Instun pulak kita.. Ini adalah trip kedua untuk kami ap225 (3a) Alhamdulillah. Siapa tahu Instun tu stand for what? Kalau anda bijak bestari, apakah nama penuh instun? Instun ni terletak di tanjung malim. Krik. Krik. Krik. Dah dapat jawapan belum? Instun ini adalah Institut Tanah Dan Ukur Negara. Kalau nak pergi, Instun ni depan sikit dari upsi. Haa.. Itu je yang aku ingat |hohoho| Buat apa kita orang ke sini? Tujuan utama adalah untuk mengetahui penggunaan  aplikasi GIS dalan research atau kajian. Dr kesayangan dari subjek research methodology yang bawak kita orang ke sini. Thanks dr :D Walaupun pregnant pun, still gagah lagi. Terima kasih sangat sangat ^^


Taklimat tentang " Principles of GIS and Application in Research." oleh En Sulaiman bin Ahmad. Serius best sebab tu tak mengantuk. Kenapa tak mengantuk? Sebab beliau selalu tanya, " ada apa apa tak faham? tanya soalan, saya akan bagi hadiah." Lepastu kita orang pun sibuk cari soalan. Tak tahu nak tanya apa. Tapi bravo ap2253a sebab boleh tahan banyak jugak soalan korang tanya. Sampai tentang mh370 pun korang tanya. Mentang mentang GIS ni lebih kurang macam peta, nak tahu kedudukan semua. Hadoii -..-" Aku duk membebel tentang GIS ni, korang tahu tak apa tu GIS? Okey sekali lagi.. Krikk. Krikk. Krikk. GIS adalah Geografical Information System dan banyak lagi takrifan lain bergantung pada aplikasi dia. Ia adalah sistem maklumat yang berasaskan komputer [menginput, menyimpan, mengumpul, mengolah, menganalisis dan memaparkan data geografi dunia] Actually teknologi GIS ni, us dah guna 1000 tahun yang dulu. So imagine sekarang, mesti lagi berteknologi lagi sistem GIS dia.


Apa yang GIS boleh buat? Okey sistem ni ada spatial (reruang) dan satu lagi artibut. Apa spatial buat? Dia ada data roster - image gambar. Data vektor - data (80% atau lebih menggunakan autocard) Manakala artibut adalah sistem yang mempunyai titik, garisan dan poligon. Ini adalah berkaitan untuk kita mengkaji di mana kedudukan sesuatu tempat. Kiranya bila ada GIS ni kita mudah nak detect kedudukan sesuatu benda especially tanah ler. Satu lagi aku nak share berkenan dengan komponen GIS, ia adalah hardware, software, data, people dan method. Siapa guna GIS? Plus Berhad, JKR, Bomba, TNB, Telekom dan lain lain lagi. Salah satu kebaikan GIS adalah maklumat lebih terperinci, pulangan besar dan dapat selesaikan masalah geografi. Kepada sesiapa yang nak kenal lagi GIS lebih terperinci, bolehla ke Instun sebab Instun ada menawarkan kursus bagi sesiapa yang berminat. Boleh melawat SINI. good luck! (^_____^)



Hadiah dari pihak Instun. First tu, siapa yang tanya soalan je dapat. Disebabkan ada lebih, so semua dapat. Yeayyy!


Tabung Haji, Ipoh [7 Mei 2016]


Sumber - google



Hari seterusnya ke Tabung Haji, Ipoh pulak sebab site assignment untuk subjek investment dan property management di sini. Assignment insvement memerlukan 100,000 kaki persegi keluasan office untuk dijadikan case study dan assignment untuk subjek property management, dr lecturer suruh cari office building dan cari maklumat tentang insurance yang diguna pakai oleh property tersebut. Appointment dengan Tn Hj Nizam Fitri pada pukul 3 petang. Alhamdulillah, perbincangan berjalan selama dua jam dan kami dapat apa maklumat yang diperlukan. Terima kasih tn hj dan terima kasih tabung haji. Siap bukak akaun tabung haji lagi untuk kita orang. Tu yang best |huhuhu| Alhamdulillah. Selesai :) Kita orang tak pergi mana pun time kat ipoh just makan kt food court Aeon big Falim dan jalan jalan dalam tu je. Pergi pun dah lewat dalam pukul berapa.. 11 pagi jugak. Lebih lebih laa.. Selesai tu terus balik sebab nak rest, esok nak ke sungkai pulak, Family day estate management! ^^


Felda Residence Hot springs Sungai Klah [7 Mei 2016]


Family - ap2253a


Haaa.. Ini yang paling best |hahaha| Semalam course aku buat family day di hotsprings sungai klah. Alhamdulillah. Release tension katanya. Berendam dalam air panas, actually tak ada la panas sangat sangat cuma yang kat kolam rebus telur tu panas. Mana tidaknya telur pun boleh masak kan? Aku pergi tiga kolam je dalam tu.. First tu kolam air sejuk, yes, air dari gunung.. kedua kolam air sederhana panas, suam la.. dan ketiga kolam yang tempat rebus telur tu la.. Kolam ketiga ni, nampak air dia macam warna hijau. Berlumut. Okey, lumut tu boleh buat scrub dan sapu kat muka. Bagus untuk siapa yang ada resdung, jerawat, jeragat dan lain lain. Serius, aku buat macam mana pakcik tu cakap dan ada perubahan selepas basuh muka dengan air panas tersebut. Kulit lebih lembut. Bak kata encik tunang, setiap kejadian Allah.. Pasti ada kelebihannya.. Maksudnya kemujarapan dia tersendiri.


Kolam pertama - air gunung



Kolam kedua - air sederhana panas - google



Kolam air panas- scrub di sini - google


Kita orang bertolak dengan menaiki bas uitm di hatiku pagi tu dalam pukul 8 pagi. Dua buah bas untuk 78 orang kesemuaannya. Sampai tu dalam pukul 9.35 pagi. Sampai tu terus breakfast dan dimulakan dengan aktiviti sukan.. Lebih kurang macam sukaneka la. Aktiviti tu tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan selepas tu lunch. Then, aktiviti bebas. Aktiviti ni yang paling ditunggu tunggu. |hahaha| Best gler. So tunggu apa lagi, jom p mandi la :D Aku mandi sampai 2.30 petang tu je sebab malas nak berjemur lama lama takut nanti en tunang tak kenal pulak - dahla dah gelap, p berjemur lagi |wakaka| Pukul 3 petang tu salin pakaian semua.. Dalam 4.40 petang, gerak balik uitm semula. Semua dalam bas time dalam perjalanan balik tu, tidur kepenatan. Dalam penat penat pun, best jugak. Bayaran masuk untuk dewasa RM15. Yang lain aku tak perhati pulak sebab punya seronok nak masuk |hahahaha|


Sekali lagi - KAMI



Tak keluar lagi dari tempat tu, aku buang dah gelang nih. Haha


Okey, cukupla tu coretan untuk kali ini. Alhamdulillah. Orang kata, time macam ni la masa nak enjoy dengan kawan kawan. Nanti dah masing masing kerja, masing masing dah kahwin.. Memang susahla nak jumpa masing masing sebab dah ada commitment tersendiri. Betul kan? Enjoy your's life. Semoga degree's life ini membawa satu makna dan kegembiraan yang tersendiri. InsyaAllah. Walaupun, dalam life ni.. Ada je benda aku tak suka |hahaha| Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maaf untuk semuanya.. Assalammualaikum ^^

8 comments:

  1. Belajar benda baru dalam entri ni. Terima kasih for the info :)

    ReplyDelete
  2. bez sgt pegi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. brapa org pegi sana? brapa kena byr

      Delete
    2. 70 org +++ kot.. kan free je kite p ni? Ke kena bayar rm30 ke rm20? hahaha. lupe..

      Delete
  3. seronoknya dapat jalan-jalan. tak pernah lagi pergi trip memana since study uitm T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tapi penat sikit ^^ Ala nanti ada la tu.. yang penting ad proposal kalau nak keluar buat trip.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)