Monday 27 May 2013

Bintang bintang

Mata mengantuk. Kepala pening. Tetapi mata hati masih tidak bersedia untuk memejam. Ahh! Apa lagi yang masih difikirkan? Lafazkanlah wahai sang hati. Agar aku tidak tercari-cari jawapan yang nyata. Senyap. Perasaan ini membunuhku. Hati ini bijak sungguh berdolak dalik. Perasaan ini handal sungguh berpura-pura. Inilah perempuan.
 
Tangan pantas mendarat di atas meja. Buku-buku berfeksyen memenuhi meja sederhana besar. Jari jemari pantas bergerak mencari sesuatu. Dimanakah dan apakah ia? Hati turut mencari tanpa perasaan. Akhirnya jari jemari runcing itu berhenti. Jantung bergetar memainkan irama pop rock. Mungkin. Mata terpana melihat sekeping potret lama.
 
Majlis konvokesyen. Sengaja aku cantumkan antara gambar konvo aku dan kau. Walau majlis konvo kita berlainan tarikh dan masa. Sesungguhnya detik itu kejayaan kita diraikan. Terpegun melihat jubah konvo kemas di tubuhmu. Kacak! Itu yang mampu keluar dari bibirku. Dan aku pasti kau tak akan mendengarnya.
 
Teringat setiap butir kata-katamu. Sayu bunyinya. Aku turut tersentuh. Maafkan aku kerana tak dapat meraikan kejayaanmu. Jangan sedih. Jangan tertekan. Senyumlah. Percayalah setiap langkah kakimu menuju ke pentas. Aku ada di hatimu. Aku juga yakin bahawa disetiap nafasmu. Ada nama aku. Ahh! Lama aku mengelamun sendirian. Lupakanlah kenangan. Agar aku tidak terus hidup dalam kenangan.
 
Potret lama itu diangkat. Wajah kesayangan disentuh. Wajahnya tersenyum. Sama seperti senyuman pertama kali bertamu. Mata bertaut. Bibir tersenyum. Indah. Lima huruf yang digambarkan ketika itu. Doa dalam hati. Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau. Walau hakikatnya kau merana. Berhenti. Jangan kau mengeluh lagi. Aku pasti. Kau akan bahagia.
 
Hanya aku yang mencari rembulan masih ada. Mungkin seketika. Walau aku bahagia mengejar bayanganmu. Tak mungkin aku beroleh saat indah dan bahagia bersamamu. Potret lama direnung. Kepala mengangguk dan bibir tersenyum. Puas. Laci meja ditarik. Potret kesayangan. Bersemadilah kau disini. Semoga ada lagi senyuman indah buat aku dan kau selepas ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)