Monday 29 October 2012

Cerita Sana. Cerita Sini.

Assalammualaikum (^_______^)
Nampaknya, esok adik-adik kita dah kembali ke sekolah. Tapi tak ape, cuti akhir tahun sudah semakin hampir kan? Seronok la tu (^.-) Apa-apa pun tahniah la sebab menutup tirai peperiksaan akhir tahun dengan jayanya. InsyaAllah. Mudah-mudahan memperolehi keputusan yang cemerlang. Amin.


Yes!! Mood raya still terasa lagi ni. Alhamdulillah. Raya kat sini walaupun dah raya ketiga still orang buat makan-makan lagi. Hari ni mak ndak pulak buat makan-makan. Dengar-dengar mak ndak masak mee rebus. Yeayy! Boleh la pergi melantak :p Tadi sepupu tersayang call, dia jemput family pergi rumah diorang. Apa-apa pun, insyaAllah. Kami akan ke sana tapi itulah, en abah tu asyik dengan kebun beliau sahaja. Puan ibu cakap, dalam banyak-banyak orang, en abah lah orang yang paling rajin. Alhamdulillah. Lagi satu, raya kali ni bertambah meriah bila orang Muar balik. Maybe -.- Lagi-lagi meriah bila dapat duit raya :P


Semalam pergi beraya rumah cikgu KH Zulaika (adik no 3) katanya cikgu buat kenduri korban, so kitaorang pun pergilah. Aku pergi dengan Zulaikha, masturah dan Shamiza (Anak sepupu) Pergi dengan dua buah motor. Masturah bersama Shamiza dan aku bersama Zulaikha. Jauh jugak kot. Rumah cikgu tu di Guar. So aku pergi ikut signboard ke Guar Cempedak je la. Ikut punya ikut sampai terlajak, rupanya rumah kenduri dah terlepas. So terpaksalah patah balik. Ya Allah. Cuaca giler-giler panas. Balik je rumah, berdenyut-denyut je kepala otak. Tapi bestnya bila dapat berjalan-jalan.


Jalan ke Guar melalui satu tempat ni, namanya Yan. Okey, kat Yan ni banyak tempat rekreasi untuk seisi keluarga. Masturah ajak ronda-ronda kat kawasan Yan. Katanya tempat tu memang best. Sampai je kat 'Titi Hayun' (nama tempat tu) Pehh, ramainya orang. Tak kan ramainya beruang kan? So, aku hanya pandang sekeliling je la. Masturah bagitahu aku, yang tempat ni ada titi gantung macam kat Gunung Lambak tapi titi gantungnya lebih besar dan lebar. Okey fine, jom kita balik -.-


Balik tu singgah pulak kat 'Sri Perigi' aku tengok dan tengok. Teringat air terjun kat Sungai Pisang. Rindu plak kat Sungai Pisang. Weee (^_____^) Tapi air terjun kat Sri Perigi lagi tinggi kot. Kalu buat abseiling, tak tahu la pukul berapa nak sampai bawah :p Last-last penat macam tu je. Yelah, sakit kot bila muka kena bidas dengan air terjun yang turun dari atas. Apa-apa pun itulah pengalaman time kat Sungai Pisang.


" Sri Perigi "

Kat sini pun ramai giler orang. Yelah. Time-time macam ni la diorang nak bersama keluarga. Anak-anak yang tinggal di kota pulang beraya ke kampung. So ada masa terluang, diorang bawak la family pi mandi air terjun. Lepas buat inspection kat Sri Perigi, kitaorang pun balik la. Masturah ajak pergi Pantai Murni pulak. Pehhh, aku cakap.. Aku tak larat. Panas kot. Mata ni nampak bantal dan tilam je. Tau tak? -.-


Sampai je kat rumah dah pukul 4 petang. En abah cakap, petang ni semua kena pergi kebun sebab nak tebang pokok. Yahoooo T.T musnah harapan nak berehat-rehat macam tuan puteri. |hohoho| So lepas asar, pergilah kami satu family ke kebun a.k.a tapak rumah bakal di bina. Satu lagi kerja, memang penat. Tapi seronok. Seronok tengok budak-budak. Riuh rendah kot time tarik pokok tue.


" Ni la pokok bakal ditumbangkan oleh bala-bala tenteranya "
Nasib baik pokok ni mudah je ditumbangkan. Tujuh orang je kot yang tarik. Alhamdulillah. Semua selamat. Okey, time for angkut-angkut semua dahan pokok dan dilonggokkan kat satu tempat untuk dibakar. Sekali lagi kesabaran ku diuji. Penatlah! Dahlah berat =.= ku gagahkan diri jugak. Dah serupa dengan tukang kebun kat sekolah dah. Yang pulun duk angkut-angkut dahan tu siapa je? Aku dengan masturah je. Zulaikha? Dia angkat yang paling ringan je. Huhh!
  
Bila tiba malamnya. Sambut birthday Masturah kat Tanjung dawai. Perkena ikan siakap tiga rasa pulak. Pehh! Syukur alhamdulillah :D Sebenarnya birthday dia 31/10 tapi disambut awal sebab time 31/10 dia still kat kolej, tak boleh balik lagi. Lagipun dia yang sibuk nak sambut awal. So pn ibu en abah ikutkan je la.

"Okeylah adik tersayang, Selamat Hari Lahir Yang Ke 18. Semoga sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. InsyaAllah."

Selamat Hari Lahir!

Nak tunggu makanan sampai punyalah lama. Maklumlah raya, mungkin pekerja kat kedai tu ramai cuti. So tunggu punya tunggu. Menanti penuh kesabaran. Nasibla bawak kek, maka dengan itu.. Bedal kek dululah :D Tak sangka en abah yang tak suka makan kek pun boleh makan kek malam tu. En abah cakap kek ni sedap. Kami sedia maklum, en abah tak suka kek yang terlalu banyak krim.

Salam AidilAdha
KA tanya kenapa gelas yang kedai tu guna macam gelas kat rumah je? |hahaha| Aku pun tak tahu nak jawab apa. Lagipun, ni baru 1st time makan kat kedai tu. Biasanya kat kedai lain. Disebabkan kedai yang selalu en abah bawak pergi makan tu tutup, terpaksalah makan kat kedai ni. Dah dekat Tanjung Dawai, takkan nak patah balik pergi Sungai Petani kot. Setelah perut kenyang diisi, kami pun pulang ke rumah ^__^

Okey, hari raya ketiga pulak..

Merbok ----> Tikam Batu ---> Sik---> Merbok

Berjalan sakan. Pergi beraya rumah sepupu kat Tikam Batu. Lepas tu terus ke Sik sebab nak hantar Masturah balik kolej. Balik tu, singgah pulak rumah tokwan kat Merbok. Malam baru balik rumah. Tu pun Zulaikha suruh balik cepat sebab dia tinggal kat rumah sorang-sorang. Konon-kononya nak jadi guard kat rumah. Tu la.. ajak ikut, dia tak nak ikut. So rasailah duduk rumah sorang-sorang :p

Okeylah, setakat di sini sahaja. Nanti aku update lagi. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik. Jaga akhlak. Jaga solat. Pasti semuanya selamat dan tenang. Assalammualaikum (^______^)

p/s : Sorry entry kali ni panjang sikit. Dari semalam kot aku duk menaip. Lepas tu berhenti. Lepas tu hari ni sambung balik. So ia panjang berjela-jela. Sorry!

Wednesday 24 October 2012

Semakin Menghampiri Satu Tahun.




Assalammualaikum :)
Alhamdulillah. Cuaca dekat sini cerah secerahnya. Tapi tak tahula kan malam nanti hujan ke. Yang penting siang memang cuaca cukup-cukup baik. Bukan apa, banyak kot pakaian duk jemur kat luar. Kalau hujan, maknanya berlapuk-lapuk la pakaian tak kering. Lusa dah nak raya. Yeayyy!! \Y/

Sorry lah, gambar dekat atas ni dah berlapuk dan berhabuk dah. Sekarang baru nak cerita. |huhuhu| Tapi aku bukan fully nak cerita tentang hari raya hari tu just terasa pantasnya waktu berputar bila belek-belek gambar lama. Itu je (^____^)

Okey, raya tahun ni, tahun 2012 tak ada warna tema bagi keluarga aku. So tahun ni baju kitaorang warna pelangi. Just baju melayu abah dan baju kurung ibu warna yang seakan-akan sama. Itu pun kain ditaja tau. Alhamdulillah. Tahun ni family aku pakai kain pasang kesemuanya yang dihadiahkan oleh jiran-jiran dan kawan-kawan abah ibu time nak pindah hari tu ehh silap, tahun lepas. Ini Kluang punya cerita lah! (-.^) Abah tak adanya nak pakai baju melayu complete. Beliau lebih selesa pakai kain pelekat :) Hilang dah keJohorannya.

Rupanya sekarang kenangan Kluang itu dah semakin hampir setahun aku dan family meninggalkannya. Yelah, aku balik Kedah time Nov2011 dan family balik time Dis2011. Lupa ke? Aku balik awal sebab aku nak L.I kat JPPH Sungai Petani. Hurmm masa ohh masa kau tak boleh undur balik! Kalau boleh masa itu diundur.. Ahh abaikannya.

Yang penting, sekarang ni aku dah makin mengenali dan mendekati negeri ini. Semoga aku jatuh cinta pada negeri ini sebagaimana aku cintakan negeri johor, mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku di sini. InsyaAllah. Bila tinggal di sini, aku banyak jumpa dengan orang tua-tua. Yelah, rumah aku pun dekat dengan kawasan kampung. Sekarang family still tinggal dekat taman perumahan. InsyaAllah, tahun depan rumah dekat kampung lah. Serius, makcik pakcik di sini memang baik. Rajin bertegur makcik pakcik ni. Terharu plak aku.

So aku kena bersyukur. Apa yang Allah dah catatkan. Allah dah tulis. Aku kena terima. Bukan mengeluh, itu tak kena. Ini tak kena. Tapi aku still rasa bersalah kerana meninggalkan bumi johor itu terlalu awal. Apa-apa pun tu semua bukan kehendak aku :')

.Ya Allah fahami dan mengertilah. Semoga orang yang kau kasihi dan cintai turut fahami dan mengertinya.

Assalammualaikum negeri kedah, aku harap kita boleh jadi kawan baik untuk selamanya dan selamat tinggal negeri johor, aku harap kita tak akan jadi musuh tapi biar jadi sahabat sampai bila-bila ^.^
Heii selamat tinggal negeri johor tak bermaksud selamat tinggal bakal zauj lah.

Dah lah,cukup sampai di sini. InsyaAllah, pasni entry akan di update lagi. Okey, selamat petang semua. Assalammualaikum. Jaga diri baik-baik. Jaga akhlak. Jaga solat.


Salam AidilAdha (^______^)

Sunday 21 October 2012

Doaku Untukmu Sayang.


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri. Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih. Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi bahkan bila aku mati

Ku kan berdoa pada Ilahi tuk satukan kami di syurga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia, Tuhan ku pun sayang dia)


Friday 19 October 2012

18.10.2010


Assalammualaikum :) Apa khabar? Sihat? Semoga anda semua dirahmati dan diredhai Allah hendaknya. InsyaAllah.

18 Oct 2010
18 Oct 2010
18 Oct 2010

Menyimpan beribu kenangan di antara kami student inspen batch 10/11 :)
Tarikh ini merupakan tarikh bermulanya perkenalan di antara kami. Tarikh ini juga merupakan pertama kalinya kami bergelar pelajar inspen sama ada dalam course penilaian hartanah atau pengurusan hartanah. Aku pelajar inspen dalam course penilaian hartanah :) ok, course yang paling best. Senang nak score (^.-)

Walaupun dah habis belajar dan nak graduate dah 27/11 ni, serius ikatan di antara kami pelajar-pelajar inspen tak pernah terputus macam belajar sama-sama dulu. Tak sangka, tarikh ni kawan lelaki yang ingat. |huhuhu|  Aku sendiri pun lupa kot. 18 Oct  ni tarikh julang-julang kalinya kaki melangkah ke inspen. Dua tahun dah berlalu. Ohh rindunya la. Rindu sangat-sangat.

Lepas ni, masing-masing dah melangkah ke arah kehidupan masing-masing. Pilihan masing-masing. So, aku ucapkan good luck la ye. Jaga diri baik-baik (^.-)
Kepada kawan-kawan yang ke uws. |hehehe| Selamat maju jaya. InsyaAllah, bulan lima tahu depan kan?


Lapan belas oktober dua ribu sepuluh akan sentiasa dalam ingatan. Terima kasih Mieja kerana mengingatkan kami semua tentang memory date itu. (^_______^)

Monday 15 October 2012

Free as a bubles



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke? Harap-harap sihat la ye (^____^) Alhamdulillah. Aku selsema lah hari ni, mesti kena hujan semalam. Tak pe, terima dengan hati yang terbuka.
Syukur. Sehari lagi Allah memberi kita semua peluang untuk beramal di atas dunia yang sementara ini. Oleh itu, manfaatkannya.

Beginilah kehidupanku sehari demi sehari. Ya. Memang gembira dan ceria tapi kadang-kadang rasa bosan jugak. Yelah, duduk rumah je. So, latihlah diri untuk melakukan sesuatu yang  memanfaat kepada diri sendiri dan orang lain. CEhhhh [hahahaha] Ehh! Betul lah! Adik aku ada bagitahu ada taska tengah cari pekerja. Dia suruh aku call taska tu tapi sampai ke hari ini aku buat selenger je. [huhuhu] Mula-mula dia bagitahu tu memang aku berminat jugak tapi bila difikir-fikirkan.. Macam jauh je taska tu. Macam-macam alasan lah kau Anis! (^.-)

Kehidupan seperti hari biasa, tolong-tolong ibu. Tolong-tolong abah. Dan ajar Auqi, my little brother ulangkaji maths,dia ada ujian. kita ajar dia. Dia ajar kita balik. Budak ni kan. Sabar je lah. (>.<)'' Bayangkan 35 x 7 dia boleh kira semua tu dari 1 x 7 sampai 35 x 7. Ya Allah. Buang masa je dia ni tau. Dia bagitahu aku yang kira guna bentuk lazim, dia dah lupa. Hampehh. Aku tak tahu nak balas apa bila dia cakap macam tu. Tersengih je la bila berhadapan dengan budak yang bijak berkata-kata. (^__________^)

Tadi abah call, "Iye en abah, boleh saya bantu?" Apa lagi, jadi kerani abah lagilah. Taip surat permohonan nak buat akaun bank. So tadi abah bagitahu apa yang patut ditulis dalam surat tu, bukan main.. Suruh aku catit lagi apa yang beliau cakap. [huhuhu] Dahla time tu aku tengah tidur, yang penting abah dapat detect aku tengah tidur. Yelah, suara pun lain. Dah abah suruh catit, aku pun catit la apa yang abah duk bagitahu. Tapi format surat rasmi yang abah suruh buat tu macam pelik je. "Anis, format surat rasmi tentera sama ea dengan awam?" Aku malas nk fikir dengan pertanyaan abah, aku jawab "yup. Sama." [hahaha]
"Okey en abah, format surat rasmi tentera dengan awam mana sama.'' Baru aku tahu, format surat rasmi dalam angkatan tentera lain. Otak abah masih dipengaruhi dengan kerjanya lagi rupanya :) Tentera, tentera lah abah, awam lain. Tak sama. Lepas ni abah kena belajar jadi orang awam ye. (^,-)


Tiga hari tiga malam buat minit mesyuarat milik en abah. Memenatkan. (O.o) Dua tiga kali jugak duk print sebab salah. Ada yang semua huruf besar, abah tak nak macam tu, so terpaksalah print dan betulkan balik. Semuanya untuk en abah. Biar abah puas hati, Lepas ni cik anak sulung en abah ni dah sambung belajar, en abah kena lah pulun buat surat sorang-sorang ye. [hehehe] Puan ibu pun mesti lagi penat sebab kena kemas rumah sorang-sorang. To cik Zulaikha, ringan-ringankanlah berat badan untuk menolong puan ibu dan en abah ye :p

Okeylah, kita berhenti di sini. Nanti kalau aku terlebih rajin lagi aku update la ye? [huhuhu] Sebenarnya, ada cerita yang boleh di update tapi sifat M dah menguasai segala-galanya. Nak buat macam mana kan? Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga solat. Jaga hubungan with Allah. Jaga hubungan dengan ibubapa. Dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan banyak sangat mengeluh Assalammualaikum (^.-)

Sunday 7 October 2012

OCT2012 (:

Assalammualaikum kawan-kawan :)
Alhamdulillah. Syukur. Dapat lagi kita bersua lagi pada hari ini. Aku nak kongsi sikit ni. Sikit je. Tak mau kongsi lebih-lebih |hahaha|




Jika. Jika dan jika
Jodoh kami sudah tertulis awal untuk disatukan..
InsyaAllah. Kami akan terima dengan hati yang terbuka.

Memang. Memang dan memang itulah tujuan perhubungan ini dibina.
Alhamdulillah.
Syukur dengan nikmat yang telah dilimpahi olehMu Ya Allah.


Assalammualaikum. Jaga diri (-.^) Jaga akhlak (^.-) Jaga solat (-.^) dan jangan lupa jaga hubungan denganNya (^.-) InsyaAllah. Dapatlah setenang-tenangan kehidupan. Jika hati runsing, buka dan bacalah ayat yang tertulis cantik didalam AlQuran. Pasti anda menemui ketenangan yang hakiki. Barakallah. (^_____^)

Wednesday 3 October 2012

Perkahwinan itu sunnah Rasulullah



Assalammualaikum :)
Kahwin. Kahwin. Kahwin. Nak kahwin ke? |huhuhu|
Bukan senang kot. Sekarang ni kalau tak ada duit jangan nak mimpilah nak kahwin.
So, bila tak ada duit. Jangan nak beranilah nak sentuh hati seorang wanita.


Apa-apa pun, kahwin muda itu paling terbaik <3
Kalau tanya pendapat aku?
Kalau dah jodoh, aku tak kesah tapi
Mungkin sekarang aku tak bersedia lagi.
Huii. Perjalanan hidupku jauh lagi.
Sangat-sangat jauh.


Berilah masa untukku menggenggam segulung ijazah dahulu.
Berilah masa untukku membalas jasa abah dan ibu dahulu.


Tapi kalau kahwin awl pun bukan bermaksud kita tak boleh belajar kan?
Terpulanglah kepada masing-masing.
Minta petunjuk Allah.
InsyaAllah. Ada jalannya.

To my future zauji (insyaAllah), Tahniah ye (:
dua november dua ribu dua belas.

Assalammualaikum.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)